Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perihal berbalah, perbantahan, pertengkaran: mereka itu sengaja mencari ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perbuatan berbalah atau berbantah; pertengkaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbalahan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
verbal altercationperbalahan lisanKriminologiKeadilan JenayahTindakan berbalah atau bergaduh secara percakapan atau lisan. Contohnya, dua kumpulan kongsi gelap yang terlibat dalam perbalahan lisan sehingga menyebabkan pergaduhan.
parental conflictkonflik ibu bapaKriminologiKeadilan JenayahKeadaan pertelingkahan, perbalahan atau persengketaan di antara kedua-kedua ibu bapa. Keadaan ini boleh memberikan kesan negatif kepada anak mereka. Contohnya, perbalahan ibu bapa dalam penceraian menyebabkan anak mengalami tekanan emosi yang mengakibatkannya mengambil dadah.
appeal boardbadan rayuanSukanLumba BasikalBadan rayuan UCl yang mempunyai kuasa mutlak untuk membuat keputusan terhadap sesuatu masalah atau perbalahan.
social unrestkekacauan sosialSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan huru-hara yang berlaku dalam masyarakat apabila undang-undang dan peraturan tidak dihiraukan. Kekacauan ini berlaku dalam bentuk perarakan besar-besaran, pembakaran kedai, kenderaan dan rumah. Dalam keadaan ini, orang ramai keluar ke bandar atau tempat tertentu untuk menunjuk perasaan membantah sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan. Kekacauan boleh berlaku apabila tersebarnya khabar angin, keadaan ekonomi yang meruncing dan menyukarkan orang ramai, perbalahan etnik serta konflik politik. Contohnya, kemelesetan ekonomi dan kejatuhan nilai wang yang berlebihan di Indonesia pada tahun 1997- 1998 telah menyebabkan kekacauan sosial yang serius. Sinonim kegelisahan sosial.

Kembali ke atas