Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ban.di.ngan] | ڤربنديڠن

Definisi : 1. imbangan, perimbangan, persamaan; 2. ibarat: mereka ialah cermin ~ hidup; kata-kata ~; 3. = banding Id rayuan (ulang bicara), pertimbangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ban.di.ngan] | ڤربنديڠن

Definisi : 1 hal berbanding atau dibandingkan. 2 persamaan (ttg sesuatu sifat dsb); sesuatu yg seimbang: ~ dlm bahasa kiasan kadang-kadang dinyatakan terang-terang dan kadang-kadang tidak. 3 ibarat: Kejayaannya boleh dijadikan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbandingan

Peribahasa

Tiga sudah berdiri habis.

Bermaksud :

Sesuatu perbuatan itu memadailah dengan tiga perbandingan iaitu: ilmu, akal, dan mahir.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
collatekolatKesusasteraanTiadaPerbandingan secara teliti antara dua atau lebih teks, edisi, cetakan atau bahan sumber. Perbandingan bertujuan mencari persamaan dan perbezaan dalam teks tersebut. Perbandingan juga penting untuk mencari sumber yang lebih asli, menentukan tarikh atau fakta yang lebih tepat, menyelesaikan sebarang kekeliruan atau kekaburan makna tentang sesuatu perkara, meneliti unsur tokok-tambah dan sebagainya. Dalam konteks karya sastera Melayu tradisional, perbandingan tentang unsur persamaan atau perbezaan amat penting dalam usaha mengesan unsur intertekstualiti dan pengaruh yang terdapat dalam karya.
cost comparisonperbandingan kosPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPerbandingan perbelanjaan untuk melaksanakan rancangan pembangunan alternatif.
comparative genomicsgenomik perbandinganBioinformatikBioinformatik MolekulKajian yang melibatkan perbandingan jujukan dan struktur genom antara spesies yang sama atau yang berbeza.
simileperbandinganKesusasteraanPuisiGaya bahasa yang membandingkan sesuatu benda, keadaan atau suasana dengan jelas. Ini kerana perbandingan itu menggunakan kata-kata tertentu, iaitu bagai, seperti, bak, laksana dan umpama. Contohnya, 'halus bagai jari-jari perawan' petikan daripada puisi "Pantaiku" karya Shamsuddin Jaafar. Sinonim simili.
direct electionpemilihan langsungSains PolitikPolitik PerbandinganPemilihan pemimpin yang dilakukan sendiri oleh warganegara di sesebuah negara. Proses ini dapat difahami dengan jelas melalui perbandingan pemilihan yang berlaku dalam demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden. Dalam demokrasi berpresiden, rakyat yang menentu dan melakukan sendiri pemilihan Presiden, Naib Presiden dan juga ahli Kongres. Undi rakyat menentukan secara langsung calon yang bakal memegang jawatan-jawatan ini. Dalam sistem demokrasi berparlimen pula, pengundi hanya memilih wakil ke Parlimen. Rakyat tidak memilih calon yang bakal menyandang jawatan Perdana Menteri dan juga ahli kabinet. Jawatan tersebut dipilih melalui persetujuan yang dicapai secara majoriti oleh ahli Parlimen. Dalam erti kata lain, pemilihan langsung merujuk kepada proses pemilihan yang ditentukan sendiri oleh rakyat terhadap sesuatu pemilihan secara hakiki.
political philosophyfalsafah politikSains PolitikPolitik PerbandinganSalah satu bidang utama dalam sains politik selain daripada ekonomi politik, politik antarabangsa, teori politik dan politik perbandingan. Bidang ini membincangkan persoalan tentang pemikiran ahli falsafah politik seperti idea mengenai negara kuasa, pemerintahan, keadilan dan kebebasan. Bidang ini banyak berkembang di Eropah dan terdapat juga di negara timur dan timur tengah. Ahli falsafah politik yang terkenal di negara timur seperti Kung Fu Tze dan di timur tengah seperti Ibnu Khaldun. Selain pembahagian berasaskan tempat asal, perkembangan falsafah ini juga sering dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti zaman negara kota Athens, zaman Sebelum Masihi, zaman Selepas Masihi, zaman kebangkitan, zaman pencerahan dan zaman kontemporari. Tahap yang berbeza ini membayangkan pemikiran yang berbeza.
allusionalusiKesusasteraanPuisiRagam atau jenis bahasa perbandingan yang merujuk secara tidak langsung kepada sesuatu peristiwa, tokoh atau karya sastera yang terkenal. Contohnya, baris 'Kejujuran Abu Bakar' iaitu petikan daripada puisi "Dua Pesanan untuk Anak" dalam antologi Bunga Gerimis karya Moechtar Awang. Dalam contoh ini terlihat perbandingan kejujuran seperti pada watak Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.
epic similesimile epikKesusasteraanTiadaSusunan simile panjang yang terdapat dalam karya epik. Simile epik berperanan sebagai suatu cara pencerita atau pengarang membuat perbandingan tentang sesuatu perkara dengan lebih terperinci dan menarik. Perbandingan dibuat biasanya merujuk kepada perkara yang terdapat di dalam dan di luar karya epik, khususnya yang berkaitan dengan peristiwa, sejarah, amalan atau tatacara hidup masyarakat yang telah diketahui umum. Sinonim simile homerik.
civic culturebudaya sivikSains PolitikPolitik PerbandinganBudaya politik masyarakat yang menerima autoriti pemeritah dengan darjah penyertaan rakyat yang tinggi dalam sistem dan proses politiknya. Dalam budaya politik ini, kerajaan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada rakyat setiap keputusan politik dan pemerintah juga akan menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin bagi memastikan keperluan asas rakyat disediakan. Rakyat pula harus bersifat responsif terhadap sebatang tindakan kerajaan. Hal ini menjadikan hubungan antata rakyat dan pemerintah itu seimbang dan akan mewujudkan keadaan politik yang stabil dan teguh. Konsep budaya sivik diasaskan oleh Gabriel Almond seorang tokoh ilmu politik perbandingan dalam kajian budaya politik di Amerika Syarikat, Great Britain, Perancis, Jerman dan Kanada pada tahun 1950-an dan tahun 1960-an.
comparableperbandinganPenilaian Harta TanahTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas