Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.bangk.kan] | ڤربڠککن

Definisi : aktiviti yg berkaitan dgn bank atau urus niaga bank: sistem ~ Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.bangk.kan] | ڤربڠککن

Definisi : aktiviti atau hal yg berkaitan dgn bank atau urus niaga bank: sistem ~ Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbankan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
doorstep bankingperbankan depan pintuPerbankanTiadaKemudahan yang disediakan oleh pihak bank kepada pelanggan untuk melakukan aktiviti perbankan seperti pembukaan akaun, deposit tunai, pengeluaran tunai dan deposit cek tanpa perlu mengunjungi cawangan bank.
cash recycling machine (CRM)mesin kitar semula tunaiPerbankanTiadaMesin dwifungsi yang menggabungkan perkhidmatan pengeluaran dan deposit tunai. Mesin ini akan memudahkan para pelanggan untuk membuat transaksi perbankan seperti deposit tunai, pemindahan dana dan pengeluaran tunai dengan lebih mudah.
avalisationavalisasiPerbankanTiadaJaminan pembayaran oleh pihak bank ke atas tanggungan hutang oleh penghutang kepada pemberi hutang.
swipelalu/ leretPerbankanTiadaTiada
zombie bankbank zombiPerbankanTiadaInstitusi kewangan yang tidak lagi mampu beroperasi dengan normal dan berkesan, tetapi masih bertahan kerana bantuan kerajaan atau sokongan kewangan dari sumber lain.
overnight policy rate (OPR)kadar dasar semalaman (OPR)PerbankanTiadaKadar faedah dasar yang mempengaruhi kadar pemberian pinjaman, pembiayaan bank, kadar deposit dan sebagainya. Kadar ini menentukan kos pinjaman dan pulangan ke atas deposit bagi produk kewangan konvensional dan kewangan Islam.
white collar crimejenayah kolar putihKriminologiKeadilan JenayahJenayah yang dilakukan oleh seseorang yang memiliki kedudukan yang tinggi dan dihormati dalam masyarakat dalam urusan pekerjaan. Motif utama jenayah ini adalah untuk mendapatkan habuan kewangan. Contohnya, rasuah, penipuan perbankan dan pecah amanah.
laissez jairelaissez faireSains PolitikPolitik PerbandinganDoktrin yang berpegang kepada kebebasan sepenuhnya kepada semua urus niaga dalam sesebuah negara demi kepentingan kebebasan, pasaran dan hak individu. Ini bermakna, sebarang campur tangan kerajaan dalam mempengaruhi pasaran atau meletakkan peraturan dalam urus niaga ditolak sama sekali. Segala aspek dalam urus niaga seperti penetapan harga, jumlah eksport dan import, kadar faedah pinjaman, peraturan pinjaman, insurans, saham, perbankan dan sebagainya bebas ditentukan sendiri oleh pasaran atau aktor yang terlibat sahaja. Kerajaan hanya memerhati dan menyediakan infrastruktur di samping mengutip cukai yang sewajarnya. Dasar ini menjadi asas kepada perkembangan sistem kapitalisme dan sangat bertentangan dengan sistem ekonomi komunisme dan sosialisme. Dasar ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada golongan yang lebih kaya dan meminggirkan golongan yang miskin.
replay attackserangan ulanganTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSerangan ke atas rangkaian yang menyebabkan data yang dihantar oleh pengguna melalui rangkaian dipintas dan dihantar semula secara tidak sah oleh pengguna hasad. Serangan ini bertujuan untuk penyamaran atau pengubahan data. Penyamaran ulangan melibatkan paket data yang mengandungi kata laluan seseorang pengguna boleh dipintas dari rangkaian oleh pengguna hasad. Setelah pemintasan, pengguna hasad boleh melawati laman yang dikunjungi pengguna sebenar dan mengulangi penghantaran paket tersebut untuk mensimulasikan kemasukan kata laluan. Contoh variasi serangan ulangan untuk perubahan data pula ialah fenomena yang berlaku dalam urus niaga perbankan apabila paket urus niaga deposit wang ke dalam suatu akaun dipintas. Paket data yang sama boleh diulang berkali-kali untuk mensimulasikan deposit wang yang berterusan. Banding serangan aktif dan serangan pasif.
Salami attackserangan SalamiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSerangan ke atas data integriti dalam komputer melibatkan pengubahan nilai mutlak data dengan menyalahgunakan kelemahan dalam sistem penomboran yang dikenali sebagai ralat pembundaran. Sekiranya suatu nombor yang mempunyai titik perpuluhan yang banyak diringkaskan menjadi nombor bertitik perpuluhan yang banyak diringkaskan menjadi bertitik perpuluhan kecil seperti 31.51163 ditukar menjadi 31.51, proses pembundaran akan mencantas nilai digit kecil pada titik perpuluhan yang tidak digunakan seperti 0.00163 dicantas. Sekiranya percantasan nilai ini tidak diambil kira oleh sistem, maka ralat pembundaran akan berlaku. Serangan ke atas data yang menggunakan teknik Salami akan mengumpul semua nilai digit kecil yang tercantas tadi ke dalam satu ruang simpanan tersembunyi. Apabila proses pengumpulan ini dilakukan berulang kali, maka jumlah nilai yang tersimpan dalam ruang simpanan akan meningkat dengan banyak. Teknik Salami sering digunakan dalam serangan ke atas sistem kewangan, perakaunan atau perbankan. Proses mengikis nilai yang sangat kecil daripada setiap urus niaga adalah umpama pengikisan kepingan daging Salami.

Kembali ke atas