Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.bé.za.an] | ڤربيذاءن

Definisi : 1. beza, kelainan, ketidaksamaan: ada ~ antara negeri-negeri Melayu yg bersekutu dgn negeri-negeri yg tidak bersekutu; 2. selisih; ~ upah selisih bayaran antara seorang (segolongan) buruh dgn buruh (golongan) lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.bé.za.an] | ڤربيذاءن

Definisi : keadaan atau sifat berbeza: Kekecohan itu timbul drpd ~ pendapat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbezaan

Peribahasa

Yang seorang memeram batu,
     yang seorang memeram pisang.

Bermaksud :

Perbezaan pendirian; seorang boleh menanti seorang lagi tidak.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aggregationpengagregatanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKumpulan masyarakat yang terdiri daripada beberapa kumpulan sosial yang kurang berinteraksi disebabkan oleh perbezaan sosioekonomi, perbezaan ras, dan sebagainya.
magnus forcedaya magnusSains SukanBiomekanikDaya angkatan yang terhasil disebabkan perbezaan tekanan, akibat perbezaan kelajuan arah aliran udara dari kawasan yang berbeza.
genetic polymorphismpolimorfisme genetikBioinformatikBioinformatik MolekulPerbezaan jujukan DNA dalam kalangan individu, kumpulan atau sesuatu populasi. Perbezaan ini merangkumi pelbagai variasi seperti perubahan pada bes tunggal, pasangan bes berbilang dan jujukan berulang.
banker's discountdiskaun jurubankEkonomiTiadaPerbezaan antara nilai muka bil pertukaran atau nota janji, yang dibeli oleh bank daripada pelanggannya dengan jumlah yang dikreditkan ke dalam akaun pelanggan bank tersebut. Perbezaan ini merupakan diskaun yang dipotong oleh bank dan faedah yang dikenakan terhadap tempoh masa pemegangan bil pertukaran atau nota janji sebelum bil itu boleh dibayar, dan dicampurkan pula dengan caj yang dikenakan terhadap darjah risiko yang terlibat.
heritabilityketerwarisanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPerkadaran variasi fenotip daripada ibu bapa yang boleh dilihat pada anak. Perbezaan keterwarisan pada populasi boleh dikaitkan dengan perbezaan genetik individu.
differential scanning nanocalorimetry (DNC)nanokalorimetri pengimbasan bezaan (DNC)NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKaedah yang digunakan untuk mengukur perbezaan antara input tenaga di dalam sampel ultra-tipis dan bahan rujukan. Perbezaan suhu yang diukur sebagai fungsian suhu bergantung pada suhu yang dikawal.
dieresispemenggalanKesusasteraanPuisiMemotong atau mengerat pembahagian idea atau pemikiran yang bersifat menjemukan pada baris atau kelompok kata sehingga menjadi rangkap. Ada kalanya perbezaan dalam melakukan pemenggalan akan membawa kepada perbezaan erti. Contohnya, puisi "Malam Ini" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. Malam ini (seperti malam-malam yang lalu) kulihat ia selalu menguntum senyum ketika menyambut ketibaanku untuk bersatu dan berlakon, cerita anak pelaut memburu hidup pemburu maut.
nonconcurrent insuranceinsurans tidak serentakinsuransTiadaPerlindungan insurans yang terdapat di bawah dua kontrak atau lebih ke atas semua atau sebahagian daripada risiko yang sama. Selain perbezaan amaun dan tarikh polisi, terdapat juga perbezaan butiran lain di antara kontrak berkenaan.
genderiectgenderiectKesusasteraanTiadaVariasi percakapan yang membezakan ujaran lelaki dengan ujaran wanita. Kajian genderlect dirangsang oleh feminisme dan pencarian identiti wanita. Perbezaan dalam ujaran dijadikan sebahagian daripada stereotaip seksual tanpa mengira kebenaran dan realitinya. Dalam sesetengah masyarakat, sifat suka membebel dikaitkan dengan wanita secara stereotaip dan kaitan ini dikekalkan dalam peribahasa, jenaka, dan karya kesusasteraan. Feminisme melatar depankan genderlect demi membantah stereotaip ini. Bagi para feminis, perbezaan dalam ujaran wanita boleh diterokai secara positif dari sudut pandangan wanita tentang realiti. Contohnya, genderlect dalam tulisan H�l�ne Cixous dan Luce Irigaray. Ahli antropologi sedar tentang perbezaan ini, namun dalam bidang sosiolinguistik minat mereka terhadap perkara ini bertambah sejak tahun 1970-an. Lihat juga ginokritisisme.
discriminationdiskriminasiSains PolitikPolitik PerbandinganAksi, tindakan, layanan atau proses yang berat sebelah kepada kelompok tertentu. Amalan ini wujud disebabkan oleh perbezaan sosial seperti kasta, kelas, etnik, agama, warna kulit, bahasa dan budaya yang terdapat dalam sesebuah masyarakat atau negara. Dominasi sosial yang berasaskan kepada perbezaan tersebut menyebabkan muncul perasaan terpinggir, penafian dan kekecewaan oleh kelompok yang didominasi. Keadaan ini menjadi lebih kompleks apabila tindakan diskriminasi ini dijelmakan dalam bentuk dasar sosial, politik dan ekonomi yang dilihat hanya menguntungkan kelompok dominan. Contohnya, etnik kulit hitam di Afrika Selatan yang didiskriminasi oleh pemerintah kulit putih sewaktu rejim Aparteid.
12345678910...

Kembali ke atas