syndication | perbincangan sindiket | Pendidikan | Tiada | Sesi perbincangan dalam kumpulan yang bersatu dan berusaha untuk melaksanakan sesuatu tugas perundingan atau transaksi. |
e-discussion | e-perbincangan | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Perbincangan mengenai sesuatu topik secara elektronik melalui platform media sosial. |
lurking | lengai | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Keadaan seseorang yang mengikuti sesuatu perbincangan secara dalam talian dengan hanya membaca dan memerhati tanpa mengambil bahagian dalam perbincangan tersebut. Tindakan ini tidak dianggap kurang sopan kerana mereka mungkin mendalami sesuatu sebelum aktif berbincang. |
e-encounter | e-pertemuan | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Pertukaran maklumat klinikal secara dua hala berasaskan web antara pesakit dengan pengamal perubatan, yang melibatkan perbincangan tertutup tentang pertanyaan atau masalah pesakit. Perbincangan ini boleh dimulakan oleh pesakit atau pengamal perubatan. |
thread | jalur | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Suatu ciri jalinan perbincangan yang digunakan oleh perisian pelanggan e-mel, papan buletin, kumpulan berita dan forum Internet. Jalur membantu pengguna dengan mengumpulkan mesej dan menjalinkan jawapan balasan secara visual untuk memastikan semua yang terlibat mendapat rentetan maklumat terkini mengenai tugasan semasa melalui perbincangan dalam talian. |
power breakfast | rundingan pagi | Komunikasi | Tiada | Perbincangan tentang perniagaan sambil sarapan. |
breakout meeting | mesyuarat kelompok | Pelancongan | Tiada | Perbincangan yang diadakan secara berkumpulan untuk membicarakan sesuatu isu. |
dialogue | dialog | Kesusasteraan | Tiada | Perbualan, perbahasan atau perbincangan antara watak dengan watak yang lain dalam sesuatu karya sastera. Contohnya, dalam drama dan teater. Dialog merupakan aspek penting untuk mengungkapkan perwatakan dan menggerakkan plot dalam sesebuah drama, fiksyen atau dalam sesetengah puisi naratif seperti balada. Contoh dialog dalam drama ialah dialog antara Socrates dengan anak muridnya dalam karya Plato berjudul Dialogues. Contoh karya dialog dalam sastera Arab ialah Ya Ibn Adam: Hiwar bayn Rajulayn oleh Mikha�il Na�imah, dan dalam sastera Parsi ialah Khayma-yi Shabbazi oleh Sadiq Chubak. |
power lunch | rundingan tengah hari | Komunikasi | Tiada | Perbincangan tentang perniagaan sambil makan tengah hari |
preliminary convention | konvensi awal | Sains Politik | Politik Perbandingan | Persidangan yang diadakan sebagai persediaan dan pengemasan kerja sebelum persidangan utama diadakan oleh sesebuah pertubuhan khususnya parti politik. Persidangan awal ini sering menampilkan perbincangan agenda dalam persidangan utama kelak, mesyuarat bagi lembaga pengarah atau ketua-ketua negeri atau Exco tertinggi dan perbincangan mengenai perbelanjaan persidangan serta jadual kerja untuk persidangan ulama nanti. Persidangan awal ini dihadiri oleh perwakilan atau ahli jawatankuasa yang terpilih sahaja dan tidak menjemput semua ahli biasa. Contohnya, Parti Demokratik Amerika Syarikat peringkat negeri akan mengadakan konvensi awal ini menjelang persidangan tahunan parti tersebut. Sinonim persediaan awal. |