Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbuatan salah

Peribahasa

Salah cencang memberi pampas,
     salah bunuh membangun.

Bermaksud :

Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Merebut merampas, membunuh membangun, c. Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
misdemeanourkesalahan ringanKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan yang dianggap salah atau tidak boleh diterima dalam masyarakat tetapi tidak tergolong sebagai kesalahan serius. Contohnya, perbuatan membuang sampah di merata-rata tempat atau meludah di tempat awam.
police corruptionkorupsi polisKriminologiKeadilan JenayahTingkah laku devian, termasuklah perbuatan tidak beretika atau salah laku oleh pegawai dan anggota polis, melibatkan penyalahgunaan kuasa penguatkuasaan untuk tujuan kepentingan diri atau untuk mendapat habuan diri.
moral compasskompas moralUmumTiadaKemampuan atau keupayaan untuk menilai perbuatan yang betul dan salah serta berkelakuan dengan cara yang sesuai.
kleptocracykleptokrasiKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan mencuri atau mendapatkan keuntungan dengan menggunakan kuasa dan kedudukan dalam kerajaan. Perbuatan ini termasuklah pecah amanah jenayah, rasuah dan salah guna kuasa untuk kepentingan sendiri oleh pemimpin negara.
abuse of privillegesalah guna keistimewaanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerbuatan yang dilakukan oleh pengguna atau atur cara yang mempunyai kebenaran tertentu dalam sesuatu sistem komputer yang bercanggah dengan dasar keselamatan. Contohnya, mengubah, membatal, atau membawa keluar data secara terlarang. Lihat juga salah guna kata laluan.
culpable homicidepematian salahKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan atau membiarkan seseorang yang sakit atau cedera tanpa rawatan yang menyalahi undang-undang, yang menyebabkan kematian dengan niat atau menyebabkan kecederaan yang memungkinkan kematian dengan niat, atau dengan pengetahuan bahawa tindakannya akan menyebabkan kematian.
employer fraudfraud majikanUndang-undangTiadaPerbuatan menipu oleh majikan dengan memberikan gambaran yang salah secara lisan atau bertulis tentang pekerja seperti maklumat palsu mengenai keselamatan pekerjaan, gaji, kenaikan pangkat, atau risiko kesihatan.
self-monitoringswapantauSains KesihatanTiadaPerbuatan melakukan pemerhatian sendiri untuk menilai sesuatu sama ada betul atau salah.
internet fraudpenipuan internetKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan memperdaya mangsa dengan menggunakan internet bagi tujuan untuk mendapatkan keuntungan secara salah atau menafikan hak mangsa.
forest bathingmandian rimbaPsikologiTiadaPerbuatan meluangkan masa di dalam rimba untuk menikmati keindahan alam semula jadi. Mandian rimba merupakan salah satu cara untuk mengatasi dan mengurangkan tekanan kepada golongan yang sibuk bekerja dengan menghayati segala yang terdapat di sekelilingnya termasuklah bunyi, bau dan pemandangan. Istilah ini berasal daripada bahasa Jepun, iaitu ‘shinrin-yoku’ dan merupakan rutin di Jepun sejak tahun 1980-an. Mandian rimba juga dikenali sebagai terapi rimba.
12

Kembali ke atas