istiyad | perburuan | Perniagaan Islam | Tiada | Perbuatan memburu haiwan yang tiada pemilik untuk tujuan perniagaan atau perdagangan seperti binatang liar atau unggas. Perburuan boleh berlaku secara langsung seperti menembak atau tidak langsung seperti memukat. |
hunting band | kelompok perburuan | Geografi | Tiada | Tiada |
hunting and gathering culture | budaya perburuan dan pengumpulan | Geografi | Tiada | Tiada |
kill-site | tapak penyembelihan | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tapak yang menjalankan aktiviti untuk penyembelihan binatang perburuan. Bukti yang dijumpai terdiri daripada pelbagai jenis tulang binatang dan jumlah yang banyak. Alat pemukul dan penetak turut dijumpai di tapak ini yang digunakan untuk melapah dan memecahkan tulang. |
national forest | hutan negara | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Hutan persekutuan di bawah pengurusan Kementerian Pertanian dan Jabatan Perhutanan yang digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti pembalakan, perburuan dan kegiatan rekreasi. |
artifact | artifak | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Bukti tinggalan berupa data arkeologi yang dibuat oleh manusia untuk keperluan kegunaan harian. Artifak dihasilkan daripada batu, tulang, kaca, tanah, logam dan kayu. Alatan ini biasanya digunakan untuk perburuan, pertanian dan perdagangan. Kepentingan artifak dapat menunjukkan perkembangan teknologi, budaya, umur dan kegunaannya. Contoh artifak ialah kapak batu, mata tombak, alatan pencungkil, pedang dan keris. |
distal (tool) | hujung mata (alat) | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Bahagian tajam yang terdapat pada hujung alatan batu. Penghasilannya melalui proses repihan. Bahagian mata ini terdapat dua jenis saiz, iaitu besar atau kecil. Alat ini digunakan untuk tujuan perburuan dan berkembang dengan meluas pada Zaman Neolitik. Sebahagian alatan batu yang mempunyai hujung mata digunakan secara terus dan ada yang diikat pada tangkai kayu. Bentuk hujung mata banyak ditemui pada artifak batu bermata tombak. |
site | tapak | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tapak yang membuktikan kehidupan manusia lampau yang dibahagikan kepada dua kawasan, iaitu kawasan terbuka dan tertutup sama ada di air atau di darat. Tapak arkeologi dapat dikenal pasti berdasarkan taburan artifak, akofak dan fitur. Terdapat pelbagai jenis tapak, antaranya ialah tapak penempatan, tapak ritual, tapak perkuburan atau perburuan dan tapak perdagangan. Kepentingan tapak ini dipengaruhi oleh faktor lingkungan dan geografi. Kewujudan tapak ini dikesan dengan menggunakan foto udara, survei dan ekskavasi. |