coloured narrative | naratif sendeng | Kesusasteraan | Tiada | Naratif yang menunjukkan pertuturan watak dalam cerita tanpa menggunakan percakapan langsung atau percakapan tidak langsung. Naratif ini diwarnai oleh penyusunan rangkai kata watak dalam cerita. Naratif sendeng diekploitasikan untuk tujuan ironis. Namun, adalah sukar untuk membezakan antara suara watak dengan suara pencerita sekiranya loghat mereka sama. Naratif sendeng terdapat dalam novel Pride and Prejudice dan Emma oleh Jane Austen. |
baby talk | pertuturan bayi (PEM.MAN) | Sosiologi | Sosiologi Devian | 1. Percakapan yang tidak betul sebutan atau nahunya yang digunakan oleh kanak-kanak ketika belajar bercakap.,2. Percakapan yang sebutan dan nahunya telah diubah suai oleh orang dewasa ketika bercakap dengan kanak-kanak.,3. Percakapan pelat budak atau kanak-kanak berusia bwah 12 tahun.,4. Percakapan pelat budak. |
parole | parole | Kesusasteraan | Tiada | Usaha menggabungkan bahan bahasa untuk menghasilkan percakapan atau penulisan. Parole penting dalam teori strukturalisme yang mempunyai makna percakapan. Parole diperkenalkan oleh seorang ahli linguistik, Ferdinand de Saussure dengan istilah langue menunjukkan sistem atau aspek keseluruhan bahasa, iaitu semua elemen bahasa seperti tatabahasa dan sintaksis, serta kepelbagaian corak, dalam koleksi bawah sedar manusia yang dikongsi bersama. Oleh sebab langue bertumpu pada apa yang digunakan oleh manusia ketika berfikir dan memberi konsep, maka langue dianggap konsep yang abstrak. Parole pula bertumpu pada apa yang digunakan oleh manusia semasa proses percakapan dan penulisan merupakan konsep yang konkrit. |
perlocutionary | perlokusionari | Kesusasteraan | Tiada | Aksi linguistik yang berlaku ketika ujaran yang mempunyai tujuan dan kesan antara perorangan dan sosial. Perlokusioneri dikaitkan dengan teori aksi pertuturan yang diperkenalkan oleh J.L. Austin (1961). Aksi pertuturan dibahagikan kepada tiga jenis: Pertama, aksi lokusionari iaitu aksi percakapan. Kedua, aksi ilokusionari, iaitu aksi yang dilakukan melalui percakapan. Ketiga, aksi perlokusionari, iaitu kesan percakapan menerusi aksi ilokusionari terhadap pendengar seperti rasa geli hati, takut, atau tertekan. Komunikasi bukan verbal seperti reaksi muka dan pergerakan badan juga mempunyai kuasa perlokusionari kerana mampu menimbulkan kesan rasa tertarik, bosan, atau menyakitkan hati. Dalam teori aksi pertuturan dan bidang disiplin lain, seperti pragmatik dan penekanan, perlokusionari biasanya melibatkan tujuan komunikasi atau kuasa ilokusionari komunikasi tersebut. Kesan perlokusionari percakapan pula kurang diberikan penekanan kerana orang yang bercakap biasanya tidak dapat mengawal kesan perlokusionari pende |
vapid talk | percakapan tawar | Pendidikan | Tiada | Tiada |
monologue | monolog | Kesusasteraan | Tiada | Percakapan panjang yang dituturkan oleh seorang watak sahaja sama ada ditujukan kepada dirinya sendiri atau kepada pendengar atau pembaca. |
confabulation | konfabulasi | Perubatan | Tiada | Percakapan yang tidak benar dan mengarut yang dilakukan oleh seseorang secara tidak sedar. Keadaan ini berlaku apabila otak pesakit terganggu di bahagian-bahagian tertentu, umpamanya disebabkan oleh kesan buruk alkohol ataupun kekurangan vitamin B. |
tachyphasia | takifasia | Perubatan | Tiada | Percakapan yang berlebihan, yang kadangkala menunjukkan gangguan mental. Sin: takifrasia |
speech scrambling frequency domain | domain frekuensi mengarau percakapan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah menyulitkan suara dengan menjalankan proses penggantian terhadap puncak amplitud suara. Kaedah ini menyebabkan bentuk suara akhir tidak dapat difahami tanpa algoritma penyahsulitan frekuensi yang betul. |
speech scrambling time domain | domain masa mengarau percakapan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah menyulitkan suara dengan menjalankan proses penyusunan terhadap gelombang suara dalam segmen masa yang tertentu. Kaedah ini menyebabkan bentuk suara akhir tidak dapat difahami tanpa algoritma penyahsulitan segmen masa yang betul. |