Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.cam.pu.ran] | ڤرچمڤورن

Definisi : 1. perihal bercampur atau bercampur aduk: walau bagaimanapun, ~ antara ciri-ciri budaya tradisional dgn ciri-ciri moden tetap berlaku dlm hidup masyarakat di mana-mana; 2. pergaulan: dia sudah mabuk kepayang akibat ~ yg terlalu bebas itu; 3. perkongsian (pergaulan) hidup suami isteri: ia dapat menyatukan jiwa Barat dan Timur dlm ~nya dgn isterinya itu; ~ tangan perihal turut campur tangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.cam.pu.ran] | ڤرچمڤورن

Definisi : 1 keadaan bercampur. 2 perbuatan atau hal bercampur dgn orang lain; pergaulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata percampuran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
co-minglingpercampuranPertanian OrganikTanaman Makanan-
pallet techniqueteknik untilKimiaKimia AnalisisTeknik penyediaan sampel pepejal bagi pengukuran spektroskopi inframerah. Ia melibatkan percampuran sampel dengan kalium bromida yang dijadikan serbuk halus dan dileperkan di bawah tekanan 60 000 – 100 000 psi untuk membentuk cakera lutsinar. Selain kalium bromida, sesium iodida, sesium bromida boleh juga digunakan.
natural matingpengawanan semula jadiPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSalah satu kaedah pembiakan pada haiwan yang melibatkan percampuran haiwan jantan dan betina untuk pengawanan. Pengawanan semula jadi biasanya dilakukan terhadap ternakan ladang seperti lembu, kerbau, kambing dan juga haiwan liar. Kaedah pembiakan lain adalah dengan permanian beradas.
estuarymuaraSains MarinTiadaBahagian mulut sungai yang melebar ke laut. Di sinilah aliran pasang surut berlaku yang mengakibatkan percampuran air masin dan air tawar.
pycnoclinepiknoklinSains MarinTiadaLapisan air dengan nilai ketumpatannya berubah secara mendadak berbanding dengan lapisan di bahagian atas dan bawahnya. Piknoklin menyebabkan stratifikasi yang menghalang percampuran turus air di lapisan atas dan bawah.
thermoclinetermoklinSains MarinTiadaLapisan air yang cerun suhunya berubah dengan mendadak berbanding dengan lapisan di bahagian atas dan bawahnya. Termoklin menyebabkan stratifikasi turus air yang menghalang percampuran air di lapisan atas dan bawah.
quenchlindap-kejutKejuruteraan AutomotifEnjinPembakaran yang terencat akibat suhu rendah pada dinding kebuk pembakaran. Lindap-kejut berlaku terutamanya ketika enjin dalam keadaan melahu yang dibantu oleh percampuran bahagian yang terbakar dengan bahagian yang belum terbakar.
haloclinehaloklinSains MarinTiadaLapisan air yang mengalami perubahan mendadak nilai kemasinannya berbanding dengan lapisan air di bahagian atas dan bawahnya. Haloklin menyebabkan stratifikasi turus air yang menghalang percampuran air di lapisan atas dan bawah. Contohnya, haloklin yang berlaku di kawasan muara disebabkan kemasukan air tawar dari sungai, seterusnya menghasilkan lapisan air dengan cerun kemasinan yang tinggi.
bioturbationbiokacauanSains MarinTiadaGangguan terhadap lapisan sedimen yang disebabkan oleh aktiviti organisma hidup, terutamanya organisma penggerek dan penggali seperti cacing poliketa, timun laut dan ikan pari. Biokacauan melibatkan pergolakan dan percampuran lapisan- lapisan sedimen, yang seterusnya menyebabkan perubahan pada sifat sedimen seperti tekstur, keadaan pengudaraan, pengoksidaan, liang dan irigasi sedimen. Biokacauan penting kepada ekologi kawasan bentik kerana mewujudkan ruang (spatial) baharu yang boleh dikolonisasikan semula oleh berbagai-bagai spesies bentos. Selain itu, peningkatan pengudaraan dan irigasi sedimen membolehkan organisma bentos meneroka lebih jauh ke dalam sedimen.
oil dilutionpencairan minyakKejuruteraan AutomotifEnjinPengurangan kepekatan minyak pelincir dalam kotak engkol. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh sisipan bahan api cecair dari kebuk pembakaran ke dalam kotak engkol dan bercampur dengan minyak pelincir. Percampuran ini mencairkan minyak pelincir dan mengurangkan keberkesanan fungsinya.
12

Kembali ke atas