Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ca.ya] | ڤرچاي

Definisi : 1. = ~ akan (kpd) mengakui (meneri­ma, yakin) akan benarnya (adanya dll) sesuatu: ~lah kata-kataku, aku tidak bercakap bohong; orang Islam wajib ~ kpd Allah dan Rasul-Rasul serta pengajaran mereka; 2. = ~ akan (kpd) yakin atau berasa pasti (akan kebaikan, kejujuran, dll orang), pasti dapat berbuat se­suatu (akan terhasilnya sesuatu): aku ~ kpd kau, aku tahu bahawa kau jujur; ia ~ cita-citanya akan tercapai; undi tidak ~ undi (dlm mesyuarat, parlimen, dll) utk menyatakan tidak yakin akan kebolehan atau kejujuran dll seseorang (sesebuah parti) yg berkuasa; ~ angin lalu percaya kpd kata-kata atau khabar yg belum pasti benar atau tidaknya; mempercayai 1. mengakui atau yakin akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, menerima sbg benar kata-kata dll orang: ia tidak ~ segala kata dan keterangan perempuan itu; senapang tersebut dipercayai telah dicuri drpd seorang pengawal kampung; 2. menganggap atau berasa pasti bahawa seseorang jujur (baik, amanah, dapat diharap, dll): datuk penghulu itu seorang yg dipercayai dan dihormati oleh orang kampungnya; percaya-mempercayai saling mempercayai: perasaan tidak ~ antara satu sama lain; mempercayakan menyerahkan atau mening­galkan dgn sepenuh keyakinan (supaya dijaga dll), mengamanatkan: tanah dan rumah yg baru dibelinya itu dipercayakan kpd orang yg menyewa rumahnya; kepercayaan 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemilik­nya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (ju­jur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya; berkepercayaan mempunyai kepercayaan; ketidakpercayaan perihal (atau keadaan) tidak percaya: telah timbul ~ terhadap gaya kehidupan wanita cara lama di kalangan wanita yg berkenaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ca.ya] | ڤرچاي

Definisi : 1 berasa yakin ttg; berasa yakin akan benarnya atau adanya sesuatu: Jangan lekas ~ akan percakapan orang. 2 yakin akan dpt mencapai apa-apa yg dikehendaki dll: Saya ~ saudara akan lulus dlm peperiksaan itu. mempercayai 1 menganggap bahawa sesuatu itu benar; mengakui kebenaran sesuatu: Orang dewasa yg berakal tidak ~ dongeng. 2 meyakini wujudnya atau benarnya sesuatu: Orang Islam yg tidak ~ Tuhan adalah murtad. mempercayakan menyerahkan dgn sepenuh keyakinan supaya dijaga dll; mengamanahkan. kepercayaan 1 anggapan atau akuan bahawa sesuatu itu ada (benar dll); keyakinan: ~ orang-orang Melayu kpd hantu semakin berkurang sekarang ini. 2 keyakinan atau harapan terhadap kejujuran (kebaikan dll) seseorang: Kami tidak dpt memberi ~ kpd pemimpin-pemimpin yg tidak amanah. 3 dpt dipercayai (ttg kejujurannya dll): orang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
percaya (kata kerja)
Bersinonim dengan yakin, beriktikad, pasti;,
Kata Terbitan : mempercayai, mempercayakan, kepercayaan,

Puisi
 

Nona ada papaya tidak,
     Bunga ros duri berkait;
Benar ada percaya tidak,
     Telunjuk lurus kelingking berkait.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Tangan kanan jangan percaya tangan kiri;
     luka tangan kanan oleh tangan kiri.

Bermaksud :

Jangan terlalu percaya kepada sahabat, kerap kali sahabat pula yang mencelakakan kita.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vote of no confidenceundi tidak percayaSains PolitikPolitik PerbandinganSokongan atau undi yang ditarik balik oleh anggota dewan perundangan terhadap seorang perdana menteri atau ketua menteri. Undi ini dilakukan melalui usul yang dibentang di dewan dan apabila dibuat, anggota dewan yang lain perlu bertindak sama ada memberi undi percaya atau tidak. Sekiranya perdana menteri atau ketua menteri itu gagal mendapat majoriti undi percaya maka beliau dikehendaki meletakkan jawatan. Proses undi tidak percaya ini boleh dilaksanakan sama ada melalui cara mengangkat tangan atau melalui undi sulit. Contohnya, undi tidak percaya pernah diusul kepada Perdana Menteri India Morarji Desai pada tahun 1979 dan kegagalannya memperoleh sokongan menyebabkan beliau meletak jawatan.
vote of confidenceundi percayaSains PolitikPolitik PerbandinganSokongan atau undi yang diberikan oleh ahli dewan perwakilan kepada perdana menteri atau menteri besar dalam sistem demokrasi berparlimen setelah beliau dilantik memegang jawatan tersebut. Perdana menteri atau menteri besar harus mendapat majoriti sokongan atau undi percaya bagi membolehkan mereka dilantik memegang jawatan tersebut. Undi percaya ini boleh dilakukan secara mengangkat tangan atau menggunakan kertas undi. Contohnya, usul undi percaya perdana menteri di Malaysia sering mendapat lebih daripada dua pertiga majoriti.
utmost good faithpenuh percaya mutlakinsuransTiadaSyarat insurans yang menghendaki tahap kejujuran yang amat tinggi daripada insured dan insurer.
absurdismabsurdismeKesusasteraanTiadaFahaman tentang falsafah pemikiran yang percaya bahawa kewujudan manusia adalah tanpa makna, tidak harmoni dan kehidupan sentiasa berada dalam alam kekeliruan.
non violencetanpa kekerasanSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan politik yang dibuat tanpa melibatkan sebarang keganasan. Gerakan ini percaya kepada satu penyelesaian atau persaingan yang adil dan bebas. Kaedah yang biasa digunakan ialah secara aman seperti terlibat dalam pilihan raya, menuntut sesuatu secara melobi, menggunakan media, kaedah rundingan dan tawar-menawar. Penggunaan keganasan dianggap terkeluar daripada peraturan permainan yang diterima. Contohnya, Mahatma Gandhi merupakan tokoh yang berjuang dengan menggunakan cara ini yang dikenali sebagai satyagraha atau tanpa keganasan tetapi berterusan.
paranoid personality disordergangguan personaliti paranoidPerubatanPsikiatriGangguan mental yang dicirikan oleh paranoid dan pervasif, rasa tidak percaya dan syak terhadap orang lain.
filter bubblegelembung saringanUmumTiadaSituasi apabila seseorang hanya mendengar atau melihat berita dan maklumat yang menyokong apa yang mereka sudah percaya dan suka, terutamanya situasi yang dicipta di internet hasil daripada algoritma (set peraturan) yang memilih hasil carian seseorang.
legal principle of life insuranceprinsip undang-undang insurans hayatinsuransTiadaPrinsip-prinsip yang melandasi kontrak insurans yang dibuat di antara insurer dan insured. Prinsip ini adalah tertakluk kepada undang-undang kontrak biasa dan juga prinsip-prinsip khusus untuk insurans. Contohnya prinsip penuh percaya mutlak.
jazz poetrypuisi jazKesusasteraanTiadaPuisi yang dibaca dengan iringan muzik jaz. Puisi ini berasal daripada balada Vachel Lindsay daripada puisi beliau yang bertajuk General William Booth. Pada tahun 1930, penyair Afro-Amerika, iaitu Langston Hughes mengadaptasikan bentuk puisi tradisional kepada irama jaz. Beliau percaya bahawa muzik Afro-Amerika ialah bentuk seni yang utama bagi bangsanya. Puisi jaz menjadi semakin popular di Amerika Syarikat pada tahun 50-an. Kumpulan penyair yang digelar The Beat Generation juga menyumbang kepada perkembangan puisi jaz. Pada tahun 70 hingga 80-an, iaitu era punk, pasca-punk dan new-wave, generasi baharu penyair jaz seperti James Berry dan E.F. Braithwaite terus mengembangkan bentuk puisi ini.
caretaker governmentpemerintah sementaraSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang dibentuk untuk jangka masa tertentu sehingga kerajaan yang sah ditubuhkan. Dalam konteks politik, konsep ini merujuk kepada kerajaan yang dibentuk akibat daripada keadaan yang tidak stabil dalam sesebuah negara seperti berlakunya peperangan, kerajaan yang mendapat undi tidak percaya daripada parlimen ataupun parlimen telah dibubarkan. Amalan kerajaan sementara ini sering berlaku dalam sistem kerajaan yang dibentuk berasaskan kepada gabungan beberapa parti. Apabila berlaku perpecahan dalam gabungan tersebut, maka kerajaan yang sedia ada terpaksa dibubarkan. Semasa menunggu pembentukan sebuah kerajaan yang baharu, urusan pentadbiran negara tersebut akan diambil alih oleh pemerintah sementara ini.
12

Kembali ke atas