Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ci.kan]/[per.ci/.kan] | ڤرچيقن

Definisi : 1. sesuatu yg memercik (air dll), renjisan: sudah nampak ~ air dan budak-budak berenang dan menyelam; luka matanya kerana termasuk ~ karat; 2. fikiran (perasaan, sinar, dll) yg tiba-tiba timbul atau memancar: beberapa ~ telah terbit dlm fikirannya; kelihatan ~ cahaya matahari menyuluh langit berpinar-pinar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ci.kan]/[per.ci/.kan] | ڤرچيقن

Definisi : 1 sesuatu yg memercik (air dll): ~ air itu membasahi bajunya. 2 ki sesuatu yg dihasilkan dgn berpandukan buah fikiran orang lain: Dikatakan bahawa fikiran-fikiran Al-Maturidi sebenarnya merupakan ~ buah fikiran Abu Hanifah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
percik
Kata Terbitan : berpercikan, memercik, memerciki, memercikkan, terpercik, percikan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
splashpercikanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan Kereta(1) Minyak pelincir yang terpercik ke dinding silinder disebabkan putaran aci engkol. (2) Kesan akibat kimpalan bintik yang terkeluar dari celah lapisan kepingan logam yang dikimpal.
sputteringpercikanNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanProses yang berlaku apabila zarah mikroskopik daripada pepejal dilenting keluar dari permukaannya apabila dihentam dengan zarah bertenaga kuat, plasma atau gas.
advanceawalanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPercikan bunga api lebih awal disebabkan pergerakan daya empar atau vakum sesuai dengan kecekapan enjin.
retardlambatanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPercikan bunga api selepas omboh melepasi kedudukan pusat mati atas (TDC).
vacuum advanceawalan vakumKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPercikan bunga api lebih awal disebabkan oleh vakum.
fenderpengadangKesenianHiasan DalamanBesi penghalang yang digunakan untuk menghalang percikan api atau kayu pada ruang pendiang di dalam rumah di negara beriklim sejuk. Sinonim skrin depan, skrin pengadang api.
backshorepesisir belakangSains MarinTiadaBahagian bawah pesisir yang diliputi percikan air semasa ribut kencang. Pesisir belakang pantai merangkumi buih air pasang tinggi yang terdapat di pantai kesan daripada hentaman ombak sewaktu air pasang atau ribut kuat yang jarang-jarang berlaku di kawasan tersebut.
arm coverpenutup lenganKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPelindung lengan untuk mengelakkan percikan bunga api ketika mengimpal.
autoignitionautopencucuhanKejuruteraan AutomotifEnjinPembakaran bahan api yang berlaku dengan sendirinya sebelum percikan bunga api dimulakan. Pembakaran berlaku disebabkan peningkatan tekanan dan suhu semasa kitar mampatan. Proses ini mengurangkan kecekapan enjin kerana tekanan dalam enjin telah mencapai nilai maksimum sebelum omboh berada di takat terakhir atas.
splash shieldpelindung simbahKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPelindung yang dipasang di bahagian belakang roda untuk mengelakkan percikan air.
12

Kembali ke atas