Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.cu.ba.an] | ڤرچوباءن

Definisi : 1. usaha utk melakukan (men­jayakan, menghasilkan, mencapai) sesuatu: dlm ~nya menggulingkan kerajaan itu, ia sedar akan kelemahan-kelemahannya; 2. usaha (perbuatan dsb) yg belum pernah dilaku­kan sebelumnya, eksperimen: ~ menanam padi malinja telah mendatangkan hasil yg amat menggalakkan; Ramli Isin juga merupakan pengkritik yg memberi perhatian kpd karya-karya yg bersifat ~; 3. penyelidikan dan usaha utk mengetahui (memastikan, mendapatkan) sesuatu: beberapa ~ sains sudah pun dibuat di bilik makmal yg baru ini; kebun ~; 4. usaha atau perbuatan utk mencuba sesuatu (utk mengetahui atau menentukan kekuatannya, kelemahannya, dll), ujian: ~ bom nuklear di bawah tanah pun tetap membahayakan manusia juga akhirnya; sebelum memegang jawatan itu, ia mesti menempuh ~ selama enam bulan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.cu.ba.an] | ڤرچوباءن

Definisi : 1 usaha utk mencuba atau menguji sesuatu: ~ menanam padi Malinja sangat berjaya. Pelajar-pelajar telah mengadakan ~ sains di bilik makmal. 2 belum ditetapkan lagi (ttg seseorang pekerja dlm jawatannya) kerana belum lulus peperiksaan dsb: Si anu itu sudah tiga tahun bekerja, tetapi masih dlm ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata percubaan

Peribahasa

Adat muda menanggung rindu.

Bermaksud :

Orang hidup harus menanggung berbagai-bagai percubaan (senang, susah, sakit dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
binomial distributiontaburan binomialMatematikTiadaTaburan kebarangkalian yang memodelkan keadaan menjalankan n kali percubaan dengan setiap percubaan mempunyai kebarangkalian berjaya p. Kebarangkalian bagi k antara n percubaan itu berjaya ialah nCkpk (1-p)n-k.
independent trialpercubaan tak bersandar/percubaan bebasFizikTiadaTiada
independent trialpercubaan tak bersandar/percubaan bebasMatematikTiadaTiada
independent trialpercubaan tak bersandar/percubaan bebasPerhutananTiadaTiada
basin, experimental syn. watershed, experimental (au)lembangan percubaanHidrologiTiadaLembangan yang keadaan semula jadinya sengaja diubah dan kesannya terhadap kitaran hidrologi dikaji. Sin.: cekungan percubaan, kawasan tadahan percubaan.
attemptpercubaan; cubaanSukanTiada1. Percubaan: Pergerakan raket oleh pemain seolah memukul bola dengan niat mendapatkan satu pukulan balas yang baik. Referi akan memberikan keputusan selepas rayuan bersabit dengan percubaan dibuat.
border effectkesan sempadanPertanianAgronomi

Kesan daripada kedudukan tanaman di sempadan petak dalam percubaan tanaman di lapangan. Dalam percubaan ladang, setiap petak diberi rawatan tertentu dan dibandingkan dengan rawatan lain di petak lain, tetapi pada kawasan percubaan yang sama. Contohnya, dalam kajian kesan baja, satu petak menerima baja A dan petak yang lain menerima baja B. Kesan rawatan ini akan dinilai setelah tanaman dituai dan dibandingkan. Dalam penentuan hasil, tanaman yang berada di kawasan sempadan tidak boleh diambil kira kerana mungkin dipengaruhi oleh baja daripada petak yang berhampiran. Untuk mengelakkan pengaruh kesan sempadan, hanya tanaman yang berada di tengah petak diambil kira.

test excavationekskavasi percubaanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiEkskavasi yang dilakukan pada satu petak untuk melihat potensi arkeologi pada tapak kajian sebelum ekskavasi menyeluruh dijalankan. Ekskavasi percubaan biasanya akan dijalankan sehingga lapisan budaya pertama ditemui atau pada kedalaman yang munasabah. Sinonim gali cari percubaan.
trial trenchpetak percubaanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiLihat lubang percubaan.
experimental roulettetebukan percubaanPentadbiran PerniagaanTiadaTebukan bergaris jidar pada setem yang dibuat sebagai percubaan sebelum tebukan yang sebenarnya dibuat.
12345678910...

Kembali ke atas