land taxation | percukaian tanah | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
income creation | pewujudan pendapatan | Ekonomi | Tiada | Kaedah yang diadakan untuk mewujudkan pendapatan dengan mengikut kaedah pelaksanaan percukaian pendapatan. |
lump-sum tax | cukai sekaligus | Ekonomi | Tiada | Cukai yang dikenakan tanpa dipengaruhi oleh kegiatan ekonomi. Cukai ini juga tidak mempunyai asas percukaian yang umum. Misalnya, cukai kepala. Lihat juga cukai kepala. |
inventory accounting | perakaunan inventori | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Proses untuk menentukan nilai aset inventori sesebuah institusi. Nilai aset memberi kesan secara langsung kepada kitar hayat, keuntungan, percukaian dan perancangan perniagaan. |
inter-regional trade multiplier | pengganda perdagangan antara wilayah | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Pendekatan perdagangan wilayah yang dikira sebagai menerima import dari wilayah lain dan dipengaruhi oleh faktor ekonomi negara seperti tingkat percukaian langsung dan tidak langsung. |
theocracy | teokrasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kerajaan yang mendakwa mewakili kekuasaan tuhan untuk mendapatkan keabsahan pemerintahan atau kerajaan yang dibentuk berlandaskan unsur ketuhanan atau keagamaan. Kerajaan sedemikian wujud semasa masyarakat belum dapat memisahkan kedudukan pemerintah atau raja dengan agama. Segala undang-undang, peraturan umum, sistem ekonomi, percukaian, pendidikan dan peraturan sosial kerajaan ini berasaskan keagamaan. Contohnya, kerajaan Eropah yang dikuasai oleh institusi gereja sebelum zaman kegemilangan atau Renaissance. |
preferential system | sistem keutamaan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem perdagangan antarabangsa yang memberi kelonggaran cukai kepada beberapa negara tertentu yang mendapat keutamaan kerana menganggotai satu pertubuhan yang sama atau memiliki latar belakang yang sama dan sebagainya. Persetujuan ini diterima secara bersama untuk kebaikan ahli. Walaupun begitu, apabila mereka berurusan dengan negara lain di luar komuniti tersebut mereka akan dikenakan cukai yang berlainan kadarnya. Contohnya, anggota Kesatuan Eropah (EU) mendapat sistem keutamaan percukaian dalam perdagangan antara negara tersebut. |
system of government | sistem kerajaan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem yang digunakan dalam pemerintahan untuk mentadbir sesebuah negara. Sistem kerajaan boleh dipengaruhi oleh sesuatu ideologi seperti demokrasi atau komunis atau boleh juga bersifat pragmatik tanpa terikat dengan sebarang fahaman. Sistem ini menggariskan pembahagian kuasa kepada badan pemerintahan seperti badan eksekutif, legislatif dan kehakiman. Di samping itu, ia juga menggariskan sistem pilihan raya yang digunakan, proses pelantikan perdana menteri atau presiden, dan kaedah sistem percukaian dan kewangan negara. Contohnya, sistem demokrasi merupakan sistem pemerintahan yang banyak diamalkan sekarang. |