Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.cu.ma] | ڤرچوما

Definisi : 1. tidak ada faedahnya (gunanya, hasilnya), sia-sia: guru tidak harus membuang masa dgn ~; ~ sahaja menasihatkan budak-budak yg tidak berakhlak itu; 2. (dgn) tidak meminta bayaran: tidak seorang pun mahu bekerja ~ sahaja, semua menuntut upah; 3. diperoleh dgn tidak perlu membayar, tidak dikenakan bayaran: pemenang peraduan tersebut diberi tiket ~ utk melancong ke Tokyo; pekerja-pekerja diberi gaji yg agak rendah tetapi diberi makan ~; ®cuma I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.cu.ma] | ڤرچوما

Definisi : 1. tidak ada faedah­nya (gunanya, manfaatnya), sia-sia: ~ emak berkata begitu; bukan main marahnya apabila mendapati tindakannya percuma belaka; 2. tidak dikenakan bayaran, tidak perlu membayar: kelas yg dianjurkan oleh kesatuan itu dibuka dgn ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.cu.ma] | ڤرچوما

Definisi : 1 tidak ada gunanya atau tidak ada faedahnya sama sekali; sia-sia: Kita tidak harus membuang masa dgn ~. 2 tidak dikenakan apa-apa bayaran; tidak perlu membayar atau dibayar: Saya ada tiket ~ utk menonton wayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[per.cu.ma] | ڤرچوما

Definisi : 1 tidak ada gunanya, sia-sia: Kalau begitu, ~ saja saya datang ke mari. 2 tidak (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
percuma (adverba)
1. Bersinonim dengan sia-sia: tidak berguna, tidak berfaedah, tidak bermanfaat, tidak berhasil,
Berantonim dengan berguna

2. Bersinonim dengan tanpa bayaran: gratis, peri, perdeo, prodeo,
Berantonim dengan berbayar.


Peribahasa

Pinjam kayu ara.

Bermaksud :

Meminjamkan wang kepada orang besar, akhirnya rugi percuma. (kayu ara semboyan kebesaran).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
freewareperisian percumaTeknologi MaklumatTiadaPerisian komputer yang boleh digunakan secara percuma yang lazimnya dimuat turun daripada Internet. Walau bagaimanapun, perisian percuma tetap dilindungi oleh hak cipta iaitu pengguna bebas menggunakannya dan membuat salinan tetapi tidak dibenarkan mengubahsuai, menjual dan mengedarnya tanpa kebenaran. Contohnya perisian Acrobat Reader.
freewareperisian percumaTeknologi MaklumatTiadaPerisian komputer yang boleh digunakan secara percuma yang lazimnya dimuat turun daripada Internet. Walau bagaimanapun, perisian percuma tetap dilindungi oleh hak cipta iaitu pengguna bebas menggunakannya dan membuat salinan tetapi tidak dibenarkan mengubahsuai, menjual dan mengedarnya tanpa kebenaran. Contohnya perisian Acrobat Reader.
sharewareperisian kongsiTeknologi MaklumatTiadaPerisian berlesen yang memberi kebenaran kepada pengguna untuk menggunakannya secara percuma dalam tempoh percubaan tertentu. Perisian percuma lazimnya dimuat turun dari Web atau domain awam. Walaupun percuma, pengguna tidak boleh mengkomersialkan perisian tersebut tanpa kebenaran. Sesetengah perisian kongsi hanya membenarkan fungsi tertentu digunakan, manakala sebahagian lagi hanya boleh digunakan setelah pengguna membeli lesen tersebut.
freemailmel percumaTeknologi MaklumatTiadaPerkhidmatan e-mel percuma berasaskan web yang boleh dicapai dari mana-mana komputer yang bersambung ke Internet. Pengguna tidak perlu mempunyai akaun pembekal khidmat Internet untuk capaian.
freewareperisian percumaTeknologi MaklumatTiadaPerisian yang mempunyai hak cipta tetapi percuma.
postal franking privilagekemudahan pos percumaPentadbiran PerniagaanTiadaKeistimewaan yang diberi kepada syarikat tertentu untuk menguruskan penghantaran surat secara percuma dan terhad.
freewareperisian percumaTeknologi MaklumatPerisianSejenis perisian yang mempunyai hak cipta dan boleh dimuat turun atau disalin daripada Internet tanpa bayaran. Walaupun perisian ini diberikan secara percuma, pengguna tidak boleh mengubah perisian tanpa kebenaran kerana hak cipta masih dimiliki pencipta perisian. Pencipta membenarkan pengguna menggunakan perisian tersebut, namun bukan untuk dijual.
free goodsbarang percumaEkonomiTiadaBarang yang ada permintaan, pemasaran yang tidak terhad, serta tidak melibatkan proses pengeluaran. Tiada bayaran yang dikenakan untuk menggunakan barang percuma. Misalnya, udara dan air sungai.
free-haul distancejarak angkut percumaKejuruteraan AutomotifTiadaJarak yang dinyatakan dalam kontrak bahawa bayaran hanya dikenakan untuk tanah yang dikorek, manakala kos angkut tanah tersebut adalah percuma.
sharewareperisian kongsiTeknologi MaklumatTiadaPerisian yang boleh digunakan percuma dalam tempoh tertentu. Selepas tempoh tersebut, pengguna dikehendaki membelinya. Setelah pengguna membelinya, versi perisian terkini akan diberikan. Banding perisian percuma, perisian domain awam
12345678910...

Kembali ke atas