Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
percuma (adverba)
1. Bersinonim dengan sia-sia: tidak berguna, tidak berfaedah, tidak bermanfaat, tidak berhasil,
Berantonim dengan berguna

2. Bersinonim dengan tanpa bayaran: gratis, peri, perdeo, prodeo,
Berantonim dengan berbayar.



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
byebai (P.JAS)SukanTiada1. Larian percuma: Larian yang diberi mata, walaupun tiada pukulan dibuat.
free kicktendangan percumaSukanTiada1. Tendangan yang diberikan kepada satu pasukan yang berpunca daripada kesalahan pasukan lawan. Tendangan gol tidak boleh dilakukan.
above the line/ below the lineatas garisan / bawah garisanKomunikasiKorporat1. Garis pemisah, penentu jenis autoriti dan pelaksanaan organisasi. Jenis autoriti yang terlibat dalam menentukan dasar, perancangan, penentuan konsep dan pembuatan keputusan terkandung dalam kelompok atas garisan. Jenis autoriti yang terlibat dalam melaksanakan keputusan pula tergolong dalam kelompok bawah garisan. 2. Kaedah mengenali jenis aktiviti promosi barangan dan perkhidmatan. Aktiviti perancangan promosi yang melibatkan pendekatan 4P (product, place, price dan promotional) dikenali sebagai aktiviti atas garisan (A/L). Pendekatan 4P memberikan keutamaan kepada aspek perancangan barangan, tempat, harga, dan promosi termasuk perancangan pengiklanan. Aktiviti promosi diperingkat pelaksanaan yang melibatkan pengguna dan barangan pula dikenali sebagai aktiviti bawah garisan (B/L). Aktiviti bawah garisan ini dilaksanakan terus kepada pengguna. Contohnya, aktiviti yang bersifat pertandingan yang dikaitkan dengan barangan dan perkhidmatan, pemberian lebihan barangan dengan harga yang sama atau promosi beli satu percuma satu.
health policydasar kesihatanPentadbiranTiadaDasar yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memupuk kesedaran dan memelihara kesihatan awam dengan melancarkan pelbagai program dan penguatkuasaan pelbagai peraturan yang berkaitan. Dasar kesihatan yang baik boleh memastikan bekalan makanan dan air bersih kepada orang ramai, memelihara kebersihan alam sekitar, mengawal kesihatan ibu dan bayi, menguatkuasa imunisasi penyakit berjangkit dan memperluaskan perkhidmatan kesihatan dan hospital sehingga ke kawasan pedalaman. Dasar seperti ini turut menumpukan perhatian kepada penghindaran jangkitan penyakit merbahaya seperti AIDS, kusta, batuk kering, taun, SARS dan polio. Di samping itu dasar kesihatan yang ketat turut mengawal pembekalan ubat dan dadah tertentu, penjualan bahan terkawal seperti minuman keras, ubat batuk dan rokok. Terdapat juga dasar kesihatan di negara tertentu yang mewajibkan pengambilan polisi insuran kesihatan bagi rawatan hospital dan terdapat dasar kesihatan yang memberi khidmat hospital dan rawatan percuma seperti negara kebajikan di Norway dan Denmark. Namun, tidak semua negara memiliki dasar kesihatan ini terutamanya negara sedang membangun seperti Sudan dan Etiopia.1">

Kembali ke atas