Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.da.ga.ngan] | ڤرداݢڠن

Definisi : perihal berdagang, urusan ber­niaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara): cukai yg tinggi ke atas barang-barang yg diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu; usaha-usaha utk memaju­kan ~ antara negara-negara yg sedang maju; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.da.ga.ngan] | ڤرداݢڠن

Definisi : urusan berniaga; perniagaan: ~ antara Malaysia dgn negara-negara jiran semakin maju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perdagangan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fairtradeperdagangan saksamaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPerkongsian perdagangan berdasarkan persetujuan, ketelusan dan penghormatan di peringkat antarabangsa. Perdagangan saksama dapat menyumbang kepada pembangunan mampan dengan menawarkan syarat perdagangan yang lebih baik untuk menjamin kepentingan ekonomi, sosial, pengeluar serta pekerja.
retail merchandisingperdagangan runcitPentadbiran PerniagaanTiadaAktiviti penjualan barang dagangan dengan cara peruncit, jenama atau syarikat produk lain menjadikan barang dagangan mereka tersedia di kedai. Perdagangan runcit merangkumi pelaksanaan dan strategi yang meliputi pemilihan produk, penempatan produk, reka bentuk paparan, dan teknik lain. Tujuan perdagangan runcit adalah untuk menggalakkan pelanggan membuat pembelian barangan secara terus dari kedai.
downward swingayunan ke bawahEkonomiTiadaKeadaan kitaran perdagangan apabila aktiviti perniagaan dan perdagangan lembap, harga sedang mengalami kejatuhan, dan kadar pengangguran sedang meningkat. Misalnya, di Malaysia ayunan ke bawah berlaku pada akhir tahun 1970-an hingga pertengahan tahun 1980-an. Sinonim fasa ke bawah. Lihat juga kitaran perdagangan.
commercial property policypolisi harta perdaganganinsuransTiadaKontrak pakej bagi risiko perdagangan yang menggabungkan insurans kebakaran, perlindungan yang diperluaskan, kecurian serta perlindungan bagi sebilangan peril pengangkutan.
inter-regional trade multiplierpengganda perdagangan antara wilayahPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPendekatan perdagangan wilayah yang dikira sebagai menerima import dari wilayah lain dan dipengaruhi oleh faktor ekonomi negara seperti tingkat percukaian langsung dan tidak langsung.
commercial policy (health)polisi perdagangan (kesihatan)insuransTiadaPada asalnya istilah ini digunakan bagi sejenis polisi yang dijual kepada individu yang terlibat dengan perdagangan. Ini adalah untuk membezakan mereka dengan pekerja yang terlibat dengan perindustrian. Tetapi buat masa ini, istilah ini dipakai untuk memberi makna polisi yang tidak diberi jaminan pembaharuan.
trade billbil perdaganganEkonomiTiadaBil pertukaran yang digunakan dalam proses jual beli barang yang mempunyai tempoh matang yang pendek. Bil ini penting dalam perdagangan antarabangsa.
visual merchandisingperdagangan visualPentadbiran PerniagaanTiadaAktiviti penjualan produk atau perkhidmatan dengan cara mengoptimumkan persembahan produk dan perkhidmatan tersebut secara visual supaya lebih menonjolkan ciri dan faedahnya. Tujuan perdagangan visual adalah untuk menarik minat dan memotivasikan pelanggan supaya melakukan pembelian produk atau perkhidmatan tersebut.
open economyekonomi terbukaEkonomiTiadaEkonomi yang melibatkan perdagangan sebuah negara dengan negara yang lain. Darjah keterbukaan ekonomi bergantung pada saiz perdagangan antarabangsa, berbanding dengan keluaran negara kasar.
trade discountdiskaun perdaganganEkonomiTiadaPotongan ke atas harga barang yang disenaraikan dalam katalog barang oleh penjual borong atau pembekal kepada peruncit yang dapat membayar hutang lebih cepat daripada tempoh yang ditetapkan. Misalnya, diskaun perdagangan akan diberi jika pembeli boleh membayar dalam tempoh 7 hari bagi suatu pembelian kredit yang diberi tempoh pembayaran selama 30 hari.
12345678

Kembali ke atas