Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perdagangan an­tara­bangsa yg tidak dikenakan sebarang se­katan spt kuota atau tarif terhadap barang import dr sesebuah negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perdagangan antarabangsa yg barangan import dr sesebuah negara tidak dikenakan sebarang sekatan, spt kuota atau tarif. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perdagangan bebas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
free tradeperdagangan bebasUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerdagangan yang melibatkan kuasa pasaran yang tidak terbatas, kurangnya campur tangan negara dan persaingan adil antara pihak dalam transaksi. Matlamat perdagangan bebas adalah untuk memperluas perdagangan dengan menambah jumlah import dan eksport semua negara di dunia. Ini akan menambahkan daya saing, pengkhususan dan nilai dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan serta meninggikan pertumbuhan ekonomi dunia. Walau bagaimanapun, ramai pakar ekonomi yang tidak bersetuju dengan perdagangan bebas kerana ia boleh membunuh industri tempatan yang tidak boleh bersaing dengan pemain global. Ini boleh menyebabkan pengangguran dan kehancuran industri tradisional, dan komuniti terpinggir. Contoh perjanjian antarabangsa yang menggalakkan kebebasan perdagangan yang lebih luas ialah Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT), Perjanjian Penubuhan Pertubuhan Perdagangan Dunia, Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA), Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dan Perjanjian Perkongsian Tran
free tradeperdagangan bebasUndang-undangTiadaPerdagangan yang melibatkan kuasa pasaran yang tidak terbatas, kurangnya campur tangan negara dan persaingan adil antara pihak dalam transaksi. Matlamat perdagangan bebas adalah untuk memperluas perdagangan dengan menambah jumlah import dan eksport semua negara di dunia. Ini akan menambahkan daya saing, pengkhususan dan nilai dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan serta meninggikan pertumbuhan ekonomi dunia.
North America Free Trade Agreement (NAFTA)Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika UtaraSains PolitikHubungan AntarabangsaPerjanjian yang ditandatangani pada tahun 1992 oleh negara Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat. Perjanjian ini mula dilaksanakan pada 1 Januari 1994. Tujuannya adalah untuk menubuhkan zon perdagangan bebas di Amerika Utara dan menghapuskan cukai tarif bagi kebanyakan barangan yang dihasilkan oleh negara yang menandatangani persetujuan tersebut. Perjanjian tersebut menganjurkan penghapusan secara beransur-ansur halangan kepada pelaburan dan pergerakan barangan serta perkhidmatan antara ketiga-tiga negara tersebut dalam tempoh 15 tahun. Antara sektor yang terlibat ialah pertanian, automobil, perkilangan tekstil, telekomunikasi, perkhidmatan kewangan, tenaga dan pengangkutan lori. Walau bagaimanapun, perjanjian ini telah dikritik sebagai penyebab kehilangan pekerjaan di Amerika Syarikat kerana banyak industri di negara tersebut telah memindahkan kilang mereka ke Mexico. Pada masa yang sama, perjanjian ini memberi kesan yang negatif kepada ekonomi beberapa buah negara Caribbean yang mengeksport barangan mereka ke
free tradeperdagangan bebasGeografiTiadaTiada
trading zonezon perdagangan bebasGeografiTiadaTiada
export platformzon perdagangan bebasGeografiTiadaTiada
free trade zonezon perdagangan bebasGeografiTiadaTiada
free trade areakawasan perdagangan bebasGeografiTiadaTiada
free trade areakawasan perdagangan bebasGeografiTiadaTiada
free trade areakawasan perdagangan bebasUndang-undangTiadaTiada
123

Kembali ke atas