thermohaline circulation (THC) | peredaran termohalin (THC) | Sains Marin | Tiada | Peredaran air laut berskala besar yang dikawal oleh perbezaan ketumpatan air yang dipengaruhi oleh perubahan suhu dan kemasinan air laut. Secara asasnya, peredaran termohalin bermula apabila air di kawasan kutub menyejuk dan tenggelam lalu merebak ke segenap lautan. Aliran ini berterusan dan secara beransur-ansur bergerak ke permukaan dan akan kembali tenggelam apabila tiba di kawasan kutub hingga melengkapkan satu kitaran pergerakan air berskala global. |
circulation | peredaran | Kejururawatan | Tiada | Pengaliran darah dalam aliran sistem kadiovaskular. |
cardiovascular | kardiovaskular | Herba | Fitoterapi | Sistem peredaran darah yang merujuk kepada jantung dan salur darah. |
pulmonary circulation | edaran pulmonari | Kejururawatan | Tiada | Peredaran darah antara jantung dan paru-paru. Darah kurang oksigen mengalir melalui arteri pulmonari ke paru-paru dari ventrikel kanan. Darah yang kaya dengan oksigen kembali ke atrium kiri melalui vena pulmonari. |
crankcase ventilation | pengalihudaraan kotak engkol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peredaran udara melalui kotak engkol semasa enjin sedang beroperasi untuk menyingkirkan air, gas hembus pintas dan pelbagai wap. Proses ini untuk mengelakkan pencairan dan pencemaran minyak pelincir, pembentukan enap cemar dan pertambahan tekanan dalam kotak engkol. Sistem ini mengambil alih peranan pengudara kotak engkol dengan menambah baik peranannya secara mengasingkan kotoran dan enap cemar melalui penapisan. |
septicemia | septisemia | Kejururawatan | Tiada | Kehadiran patogen atau toksinnya dalam peredaran darah. |
crankcase centilation | pengalihudaraan kotak engkol | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Peredaran udara dalam kotak engkol untuk membolehkan wap air, gas tiub pintas, dan wap lain dibuang keluar. |
anemia | anemia | Jururawat | Tiada | Keadaan kekurangan sel darah merah dalam peredaran darah per milimeter padu atau kekurangan hemoglobin, iaitu kurang daripada 12 g per 100 ml. |
shock | renjatan/kejutan | Kejururawatan | Tiada | Keadaan yang berkaitan dengan gangguan sistem peredaran bagi mengekalkan perfusi darah kepada organ vital. Keadaan ini dicirikan dengan tekanan darah yang rendah, takikardia dan kulit yang sejuk dan berlengas. |
massage | urut | Herba | Fitoterapi | Perbuatan mengosok dan memicit anggota badan. Urut bertujuan untuk merangsang peredaran darah, meredakan tekanan dan memulihkan urat yang tegang atau sendi terseliuh. |