Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ré.ka] | ڤريک

Definisi : orang yg mereka (mereka-reka). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ré.ka] | ڤريک

Definisi : orang yg mereka: ~ kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reka
Kata Terbitan : mereka, mereka-reka, rekaan, pereka,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
visual designerpereka bentuk visualTeknologi Maklumate-PembelajaranSeseorang yang bertanggungjawab mereka cipta produk berbentuk visual secara digital dengan mengimbangi keperluan urusan, estetik reka bentuk, pelanggan dan tujuan jenama organisasi. Umumnya, seseorang pereka bentuk visual perlu mempunyai kemahiran reka bentuk antara muka dan grafik.
design fees and compensationsharga reka bentuk dan pampasanKesenianHiasan DalamanBayaran yang ditentukan oleh pereka bentuk dalaman setelah mereka berjaya menyelesaikan (menyiapkan) sesuatu hasil kerja. Pereka mengenakan harga bayaran berdasarkan jam, kadar sekata dan peratus kenaikan harga barangan.
digital media designerpereka bentuk media digitalTeknologi Maklumate-PembelajaranSeseorang yang menggunakan media bersepadu untuk menyampaikan mesej, maklumat dan hiburan bagi tujuan pendidikan khususnya, dengan mengamalkan kemahiran menghasilkan animasi (2-D atau 3-D), video, laman web dan grafik. Mereka diperlukan dalam pembangunan kandungan e-pembelajaran khususnya untuk memenuhi keperluan jati digital.
instructional designer (ID)pereka bentuk pengajaran (ID)Teknologi Maklumate-PembelajaranIndividu yang bertanggungjawab untuk mereka bentuk dan menyediakan bahan kursus pembelajaran dengan menulis sukatan pelajaran, merangka gambaran keseluruhan modul, mengarang aktiviti pembelajaran, konsep pentaksiran dan persembahan kandungan. Lihat juga penulis kursus.
Chippendale furnitureperabot ChippendaleKesenianHiasan DalamanPerabot hasil rekaan pereka Inggeris bernama Thomas Chippendale (1718 - 1779).
course writerpenulis kursusTeknologi Maklumate-PembelajaranIndividu yang mereka bentuk, menulis jalan cerita dan skrip persembahan kandungan e-pembelajaran yang penuh bermaklumat, berjalinan, menyeronokkan dan menggalakkan penghayatan pelajar. Individu ini akan bekerjasama dengan pakar subjek, pereka bentuk kursus dan pakar platform e-pembelajaran. Lihat juga pereka bentuk pengajaran (ID).
Franklin stovealat pemanas FranklinKesenianHiasan DalamanAlat yang dicipta oleh pereka bernama Benjamin Franklin yang menyerupai tempat unggun api di dalam rumah orang Eropah. Alat ini digunakan untuk mengekalkan tahap kepanasan yang lama di dalam rumah sewaktu musim dingin.
atelieratelierKesenianHiasan DalamanStudio atau bengkel, iaitu tempat artis atau pereka menghasilkan karya seni atau kraf tangan. Ruang ini juga digunakan sebagai tempat latihan pekerja atau pelajar yang membuat latihan amali dalam bidang seni halus dan seni bina.
pastichepasticKesenianHiasan DalamanKarya seni yang menggunakan pelbagai gaya yang dipinjam dan digubah mengikut gaya dan cara pereka lain. Pastik dicipta sebagai bahan sindiran atau jenaka, contohnya lukisan potret Monalisa yang digambarkan berpakaian Kimono.
course blueprintcetak biru kursusTeknologi Maklumate-PembelajaranDokumen yang mengandungi maklumat yang berkenaan dengan tajuk, prasyarat, topik, objektif, subtopik, kandungan kursus, pentaksiran, cadangan sumber pembelajaran dan tempoh kursus. Dokumen ini membantu pasukan pereka bentuk dan jabatan akademik dalam membangunkan sukatan dan kandungan pembelajaran dalam talian.
12

Kembali ke atas