visual designer | pereka bentuk visual | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Seseorang yang bertanggungjawab mereka cipta produk berbentuk visual secara digital dengan mengimbangi keperluan urusan, estetik reka bentuk, pelanggan dan tujuan jenama organisasi. Umumnya, seseorang pereka bentuk visual perlu mempunyai kemahiran reka bentuk antara muka dan grafik. |
digital media designer | pereka bentuk media digital | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Seseorang yang menggunakan media bersepadu untuk menyampaikan mesej, maklumat dan hiburan bagi tujuan pendidikan khususnya, dengan mengamalkan kemahiran menghasilkan animasi (2-D atau 3-D), video, laman web dan grafik. Mereka diperlukan dalam pembangunan kandungan e-pembelajaran khususnya untuk memenuhi keperluan jati digital. |
course writer | penulis kursus | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Individu yang mereka bentuk, menulis jalan cerita dan skrip persembahan kandungan e-pembelajaran yang penuh bermaklumat, berjalinan, menyeronokkan dan menggalakkan penghayatan pelajar. Individu ini akan bekerjasama dengan pakar subjek, pereka bentuk kursus dan pakar platform e-pembelajaran. Lihat juga pereka bentuk pengajaran (ID). |
instructional designer (ID) | pereka bentuk pengajaran (ID) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Individu yang bertanggungjawab untuk mereka bentuk dan menyediakan bahan kursus pembelajaran dengan menulis sukatan pelajaran, merangka gambaran keseluruhan modul, mengarang aktiviti pembelajaran, konsep pentaksiran dan persembahan kandungan. Lihat juga penulis kursus. |
design fees and compensations | harga reka bentuk dan pampasan | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bayaran yang ditentukan oleh pereka bentuk dalaman setelah mereka berjaya menyelesaikan (menyiapkan) sesuatu hasil kerja. Pereka mengenakan harga bayaran berdasarkan jam, kadar sekata dan peratus kenaikan harga barangan. |
course blueprint | cetak biru kursus | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Dokumen yang mengandungi maklumat yang berkenaan dengan tajuk, prasyarat, topik, objektif, subtopik, kandungan kursus, pentaksiran, cadangan sumber pembelajaran dan tempoh kursus. Dokumen ini membantu pasukan pereka bentuk dan jabatan akademik dalam membangunkan sukatan dan kandungan pembelajaran dalam talian. |
cloud LMS | LMS awan | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sistem yang dihos pada Internet dan dicapai dengan mengelog masuk ke tapak pembekal khidmat awan berkaitan. Dengan itu, pengguna tidak perlu memasang sistem pengurusan pembelajaran (LMS) di komputer mereka. Bagi pengguna berstatus pereka bentuk arahan atau pengguna sah, mereka hanya perlu menggunakan pelayar Internet untuk memuat naik kandungan, mencipta kandungan dan berkomunikasi dengan pelajar. |
golden section | keratan emas | Kesenian | Hiasan Dalaman | Suatu kaedah perkadaran dalam seni bina klasik yang berformula, yang digunakan dalam proses reka bentuk. Kaedah ini begitu berkesan dalam reka bentuk dan telah diguna pakai dan dikembangkan pada zaman Renaissance. Kaedah ini juga menjadi inspirasi kepada pereka bentuk hingga ke hari ini. |
Art Nouveau | Art Nouveau | Kesenian | Hiasan Dalaman | Gaya seni hiasan, seni bina dan reka bentuk dekoratif terkemuka yang berkembang di negara Eropah Barat dan Amerika Syarikat antara tahun 1890 dan 1910. Gaya ini mengetengahkan reka bentuk atau idea pereka, yang menggabungkan unsur seni bina dan reka bentuk perabot bagi menjadikan seni sebagai sebahagian daripada kehidupan harian. Art Nouveau juga bertujuan memodenkan reka bentuk dengan menampilkan kelainan tersendiri. |