antidepressant | antidepresan | Farmasi | Tiada | Agen yang digunakan untuk melegakan simptom-simptom kemurungan. Agen ini digunakan untuk merawat gangguan psikiatri seperti depresi major dan gangguan keresahan jiwa. Kelas agen ini termasuklah antidepresan trisiklik. dan tetrasiklik., perencat oksidase monoamina, perencat pengambilan semula serotonin selektif (SSRl), perencat pengambilan semula serotonin dan noradrenalina (SNRI), serta antidepresan noradrenalina dan serotoninergik spesifik (NaSSA). Kebanyakan agen antidepresan mempunyai masa mula tindakan tertangguh (2-6 minggu) dan diambil selama beberapa bulan sehingga ke beberapa tahun.Sinonim antimurung. |
tyrosinase inhibitory assay | cerakin perencat tirosinase | Herba | Pemiawaian | Prosedur yang dilakukan untuk melihat potensi ekstrak herba yang boleh merencat enzim tirosinase. Enzim ini merupakan enzim utama penghasilan melanin, iaitu pigmen kulit yang melindungi sinar ultralembayung dan kerosakan kulit. Cerakin ini dapat menentukan potensi ekstrak herba bagi tujuan kosmetik, iaitu mengurangkan kesan antipenuaan dan memutihkan kulit. Contohnya, ekstrak akueus pegaga (Centella asiatica) dapat merencat aktiviti enzim tirosinase dengan menggunakan kaedah cerakin perencat tirosinase. |
gold powder | serbuk emas | Fizik | Nanoteknologi | Adunan pekat zarah emas bersaiz antara 10 nm - 30 nm yang dihasilkan dengan menggunakan penyalut polimer. Bahagian pepejal adunan ini mempunyai berat sehingga 85% emas. Penggunaannya adalah untuk penyaduran permukaan, elektronik, optik, pemangkin, pewarna, dan perencat pertumbuhan barah. Contohnya, penggunaan zarah emas dalam pembuatan gelas Venetian berwarna merah. |