Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.reng.gan] | ڤرڠݢن

Definisi : 1. batas, perhinggaan, sempadan: pergaulan bebas haruslah ada ~nya; ~ negeri sempadan negeri; 2. had, takat: apabila air pasang paras air di pantai ini naik ke ~ pinggang; 3. bahagian drpd muka atau bab dlm buku (rencana dll) yg terdiri drpd beberapa baris, paragraf: tiga ~ di atas menghuraikan latar belakang masalah ini; syarat-syarat yg diperlukan ada dinyatakan dlm ~ kedua bab pertama; berperenggankan berbataskan, bersempadankan; memerenggankan 1. mengehadkan, mem­bataskan; 2. membahagikan sesuatu (mis teks) kpd beberapa perenggan; pemerengganan proses atau perbuatan me­merenggankan sesuatu: penggunaan tanda baca dan ~ yg wajar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.reng.gan] | ڤرڠݢن

Definisi : 1 had atau peringkat yg terakhir bagi sesuatu; sempadan; batas: ~ negeri sempadan negeri. 2 bahagian drpd sesuatu karangan yg terdiri drpd beberapa baris; penggal: Syarat-syarat yg diperlukan itu ada dinyatakan dlm ~ kedua, bab pertama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perenggan (kata nama)
1. Bersinonim dengan paragraf: rangkap, untai, stanza, wacana, teks,

2. Bersinonim dengan batas: takat, had, perhinggaan, sempadan, enggat, terat, tanggat, sakat,

Kata Terbitan : berperenggankan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
textteksPentadbiran PerniagaanTiadaPerkataan, ayat, perenggan atau kenyataan kewangan yang menjadi bahan dokumen.
headingkepala tajuk-TiadaJudul bagi sesuatu perenggan, surat, siaran dan lain-lain.
riverssesungai-TiadaJalur ruang kosong yang kelihatan merentasi perenggan atau teks.
epigraph pagehalaman epigraf-TiadaHalaman yang mengandungi petikan atau perenggan pendek pada permulaan buku atau bab yang menggambarkan tema kandungan buku tersebut.
pepatahpepatahKesusasteraanPuisiBentuk susunan pengucapan yang disampaikan dalam baris dan perenggan yang biasanya pendek. Bentuk pepatah ini mengandungi unsur-unsur nasihat, pengajaran dan juga fikiran yang benar. Contohnya, Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna.
drop capitalhuruf besar rurut-TiadaSatu huruf yang dibesarkan untuk hiasan pada permulaan kata dalam perenggan pertama sesuatu penulisan.
emphasis of matter (EoM)penegasan perkaraAuditTiadaJenis pendapat audit bagi perkara signifikan yang dinyatakan dalam satu perenggan penyata kewangan untuk perhatian pihak pengurusan.
poetic proseprosa puitisKesusasteraanTiadaKarangan yang ditulis dengan menggunakan elemen puisi seperti ritma, kiasan, metafora, asonansi, dan onomatopia. Prosa puitis biasanya ditemui dalam karya ringkas atau dalam perenggan tertentu karya panjang. Prosa puitis meningkatkan respons emosi pembaca dan menambahkan keindahan sesebuah karya. Contohya, dalam bahagian Time Passes dalam novel To the Lighthouse oleh Virginia Woolf.
perbilanganperbilanganKesusasteraanTiadaBentuk puisi tradisional seperti peribahasa yang melahirkan kata-kata yang boleh diterima sebagai peraturan undang-undang atau nasihat yang boleh dijadikan panduan. Perbilangan biasanya mempunyai dua, tiga atau lebih banyak perenggan. Setiap barisnya menurunkan satu persatu perkara yang berkaitan dengan nasihat dan pengajaran. Perbilangan biasanya menjadi bahagian penting dalam kata-kata adat dan diterima sebagai undang-undang. Baris-baris perbilangan sering dimasukkan dalam undang-undang adat perpatih. Contohnya adalah seperti yang berikut: Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Faham sesuai, benar seukur. Bulat segolek, pipih selayang. Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing. Perbilangan dikenali juga sebagai bidalan atau pepatah. Lihat juga teromba.
concretekonkritKesusasteraanPuisiPerihal puisi yang mempunyai bentuk yang jelas. Contohnya, pantun yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri iaitu rima akhir a b a b, setiap baris terdiri dari empat perkataan dan setiap perenggan mempunyai empat baris seperti pantun di bawah. Sinonim maujud. Ukir kandil benang seribu, Dara memintal bunga kiambang; Semasa kecil ditimang ibu, Bila besar ditimang gelombang. Pantai Rengit Teluk berlembah, Tarik sampan turun menuba; Walau langit dirasakan rendah, Tiadalah bulan jatuh ke riba.
12

Kembali ke atas