Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.gan.tu.ngan] | ڤرݢنتوڠن

Definisi : 1. alat atau tempat utk menggantung; 2. tempat bergantung (mis orang yg dipercayai atau yg boleh memberikan pertolongan), tempat bersandar, tempat mengharapkan pertolongan; 3. perihal (perbuatan, sikap) bergantung (pd sesuatu): jelaslah ~ pd beberapa barangan utama akan terus menjejaskan ekonomi negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.gan.tu.ngan] | ڤرݢنتوڠن

Definisi : perihal bergantung atau mengharapkan pertolongan (bantuan) orang lain: Ibu bapanya satu-satunya tempat ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pergantungan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
voluntarismfaham voluntarisSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman berasaskan kerja yang dilakukan secara sukarela atau bergantung kepada sukarelawan. Fahaman ini menolak unsur upah atau pergantungan kepada buruh yang dibayar. la menekankan kepada semangat egalitarian, tolong-menolong atau gotong-royong. Menurut fahaman ini, buruh dan upah tidak diperlukan apabila sesuatu kerja atau beban boleh dilakukan secara bersama atau oleh sukarelawan. Contohnya, faham voluntaris dapat dilihat dalam amalan gotong-royong masyarakat Melayu tradisional khususnya semasa mengerjakan sawah padi atau membina rumah. Sinonim voluntarisme.
stray catkucing terbiarVeterinarTiadaKucing yang berada di luar rumah kerana telah meninggalkan atau tersesat daripada rumah pemiliknya serta telah terputus hubungan dan pergantungan dengan manusia.
Kramers-Kronig analysisanalisis Kramers-KronigFizikNanoteknologiAnalisis yang dilakukan ke atas pemalar dielektrik yang mengandungi bahagian sahih dan khayal, ?= ?'(v)+ ?"(v) dengan ?' ialah fungsi yang berkaitan dengan frekuensi jalur inframerah, manakala ?" ialah penyerapan atau kehilangan tenaga. Analisis ini digunakan untuk mendapatkan pergantungan frekuensi daripada ?' dengan ?" berasaskan data pengukuran spektrum inframerah.
neo-colonialismfaham kolonial baruSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman penjajahan baru yang tidak bersifat ketenteraan atau fizikal. Kelazimannya, kolonialisme lebih bersifat penjajahan secara militer lalu memerintah negara tersebut. Penjajahan bentuk baru pula tidak membawa kemasukkan tentera tetapi lebih bersifat penguasaan ekonomi, teknologi, epistemologi dan secara teknologi maklumat. Pada hakikatnya, negara tersebut kelihatan merdeka, tetapi dikuasai oleh negara lain tanpa disedari. Pendekatan pergantungan terhadap negara Amerika Latin pada dekad 1970-an dan 1980-an berlaku apabila Amerika Syarikat kuat mempengaruhi perkembangan ekonomi dan politik negara tersebut yang boleh ditafsir sebagai fahaman kolonial baru.

Kembali ke atas