Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.gau.lan] | ڤرݢاءولن

Definisi : perihal bergaul, percampuran (persahabatan dll): ~nya di sekolah disukai oleh guru besar; ~ hidup perihal hidup bergaul, kemasyarakatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.gau.lan] | ڤرݢاءولن

Definisi : hal bercampur atau bergaul dgn orang lain; percampuran: Umumnya, wanita pandai mencari persesuaian dlm ~ sehari-hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pergaulan

Peribahasa

Adat bersendi syarak,
     syarak bersendi kitabullah.

Bermaksud :

Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak. kitabullah = Quran.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
الإمساك بالمعروفpergaulan baikAgama IslamFiqhPergaulan yang baik dalam hubungan suami isteri.
role socializationsosialisasi perananKejururawatanTiadaPergaulan dalam masyarakat berdasarkan tugas dan tanggungjawab yang disandang.
informal curriculumkurikulum tak formalPendidikanTiadaBahan atau aspek pembelajaran yang didapati daripada pergaulan atau saling tindak antara pelajar dengan rakan sebayanya secara tidak tersurat.
social problemmasalah sosialPentadbiranPentadbiran Awam

Unsur negatif atau elemen yang merosakkan dalam kalangan masyarakat sesebuah negara. Masalah sosial ini boleh menyebabkan keruntuhan akhlak, moral dan etika. Antara masalah sosial yang paling ketara ialah penagihan najis dadah, vandalisme, lari dari rumah, pelacuran, pergaulan bebas, ketagihan arak, judi dan sebagainya. Gejala tidak sihat ini sebenarnya telah lama berakar umbi dalam masyarakat tanpa mengira bangsa, agama, kaum, adat dan sebagainya.

self presentationgaya diriKomunikasiKorporatTeknik memperagakan diri di hadapan khalayak. Teknik ini merupakan unsur utama dalam proses komunikasi bukan lisan. Teknik tersebut terbentuk melalui proses pembelajaran sosial serta tingkah laku semula jadi. Peragaan diri individu yang positif akan menghasilkan tanggapan yang meyakinkan oleh khalayak terhadap individu berkenaan. Proses peragaan diri sangat berkait rapat dengan keupayaan individu menyesuaikan tingkah laku dengan persekitaran. Proses peragaan diri boleh dibentuk melalui latihan perapian diri atau pengalaman pergaulan dan pekerjaan. Dalam perhubungan awam atau komunikasi korporat, keupayaan individu menguasai kemahiran peragaan diri membolehkan individu tersebut berfungsi sebagai jurucakap organisasi yang berwibawa, dipercayai, dan disukai oleh pelanggan atau khalayak.

Kembali ke atas