open-loop control | kawalan lingkaran terbuka | Sains Sukan | Biomekanik | Mekanisme kawalan motor manusia, apabila semua maklumat perlu dimulakan dan dirancang untuk memulakan pergerakan. Sebaik sahaja pergerakan bermula, pergerakan tersebut akan mengikut arahan asal dan tiada perubahan berlaku ke atas pergerakan. Mekanisme ini melibatkan jenis pergerakan yang pantas. Contohnya, seorang penjaga gol yang menangkap bola yang ditendang dengan pantas. |
active drag | seretan aktif | Sains Sukan | Biomekanik | Seretan yang wujud akibat pergerakan jasad. Pergerakan jasad boleh berlaku dalam medium bendalir dan udara. Contohnya, dalam sukan renang, pakaian berteknologi dicipta untuk mengurangkan seretan aktif bagi meningkatkan kecekapan pergerakan. |
biomechanics | biomekanik | Sains Sukan | Biomekanik | Disiplin ilmu yang mengaplikasikan prinsip mekanik dalam kajian pergerakan organisma hidup. Dalam pergerakan manusia, disiplin ilmu ini menggabungkan aspek anatomi dan mekanik untuk menganalisis keupayaan anggota badan menghasilkan pergerakan. Disiplin ilmu ini diaplikasikan dalam sains sukan bagi memperbaik teknik, memaksimumkan keupayaan fizikal untuk mencapai prestasi yang maksimum, mengurangkan kecederaan, selain boleh mereka cipta pakaian dan alatan sukan yang efisien. Selain kajian tentang pergerakan tubuh, aspek daya, momentum dan darjah pergerakan juga merupakan antara elemen yang dikaji dan diperhatikan dalam biomekanik. |
interactivity | interaktiviti | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Kebolehan suatu produk digital berinteraksi dengan pengguna apabila menerima input melalui arahan suara, skrin sentuh, pergerakan objek, pergerakan tetikus, kemasukan teks dan sebagainya. |
upwelling | julang air | Sains Marin | Tiada | Pergerakan air dari dasar laut ke permukaan yang didorong oleh pergerakan angin. Angin yang bertiup pada permukaan laut menyebabkan pergerakan air bersih pada 90 darjah dari arah angin akibat daya Coriolis dan angkutan Ekman. Sekiranya pergerakan bersih air berlaku pada sempadan daratan ke arah laut lepas, maka julang air akan berlaku untuk menggantikan air yang hilang. Air dari dasar laut ini yang biasanya kaya nutrien akan merangsang pertumbuhan penghasil primer seperti fitoplankton, dan seterusnya meningkatkan hasil perikanan secara keseluruhan. |
anticipatory stabilization | penstabilan antisipasi | Sains Sukan | Biomekanik | Penyesuaian postur badan secara automatik yang menghasilkan pergerakan untuk menstabilkan sistem semasa antisipasi terhadap gangguan mekanikal yang berkaitan dengan pergerakan. Antisipasi bermaksud menduga pergerakan lawan dengan lebih awal. Contohnya, dalam perlawanan badminton, apabila pemain A melompat, maka pemain B perlu melakukan antisipasi, iaitu menduga lebih awal tindakan yang akan dilakukan oleh pemain A sama ada melakukan syot junam, smesy ke kiri atau ke kanan dan sebagainya. Dalam keadaan ini, postur badan perlu berada dalam keadaan yang betul dengan tindakan yang dilakukan, seperti kaki kanan dan tangan kanan ke hadapan. |
longitudinal wave | gelombang membujur | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Mod gelombang bunyi yang menunjukkan arah pergerakan gelombang sama dengan pergerakan molekul rambatannya. Gelombang ini boleh wujud dalam bahan logam, cecair atau gas. Ketumpatan zarah pula berkeadaan turun naik disebabkan oleh pergerakan gelombang tersebut. Sinonim gelombang mampatan. |
movement time | masa pergerakan | Sains Sukan | Biomekanik | Tempoh masa di antara permulaan pergerakan yang paling awal sehingga tamat penghasilan keseluruhan pergerakan. |
art and craft movement | pergerakan seni dan kraf | Kesenian | Hiasan Dalaman | Pergerakan estetika Inggeris yang berlaku pada separuh kedua abad ke-19 yang mewakili permulaan untuk penghargaan seni hiasan di seluruh Eropah. Pergerakan seni ini mempengaruhi hasil seni bina, seni dekoratif, perabot dan kotej dalam reka bentuk taman di Britain, Kanada dan Amerika. Di Amerika Syarikat, gaya kraf Amerika sering digunakan bagi menandakan gaya seni bina, reka bentuk dalaman dan seni dekoratif yang berlaku antara era Art Nouveau dengan Art Deco (1910-1925). |
quadripedal | kuadripedal | Sains Sukan | Biomekanik | Berkaitan dengan pergerakan yang melibatkan empat bahagian anggota badan. Contohnya, pergerakan manusia melibatkan dua belah kaki dan dua tangan (contohnya, merangkak), manakala pada haiwan melibatkan pergerakan dengan menggunakan empat kaki. |