vacation saving plan | rancangan simpanan percutian | Pelancongan | Tiada | Rancangan untuk mengumpul dana sebagai persediaan untuk pergi bercuti. |
inexact rhyme | rima tak tepat | Kesusasteraan | Puisi | Pembentukan bunyi rima awal, rima tengah mahupun rima akhir tidak tepat ataupun sumbang. Contohnya, seperti pantun di bawah. Ramai orang pergi menjala, Bawa bakul berserta sumpit; Jagalah diri jangan tercela, Rosak nama bangsa terpalit. |
mantera | mantera | Kesusasteraan | Puisi | Bentuk puisi yang susunan diksinya dalam baris-baris ada mengandungi unsur-unsur atau ciri-ciri puisi, seperti rima dan irama. Contohnya, Hei! om pali, Hei! hantu tanah, Jembalang bumi, Kau pergi mengambil semangat roh si anu, Bawa gila kepada aku, Menyala seperti api, seperti nasi mendidih. |
double rhyme | rima dwisuku | Kesusasteraan | Puisi | Rima yang terdapat pada sesuatu perkataan yang terdiri daripada dua suku kata. Penekanan hanya diberi pada suku kata pertama sahaja. Contohnya, Pisang embun masak merekah, Dituris dengan pisau raut; Kalau abang pergi ke Makkah, Dua kali menyeberang laut. |
presidential primary | primari presiden | Sains Politik | Politik Perbandingan | Persidangan peringkat bawahan dan atasan sesebuah parti yang diamalkan di Amerika Syarikat. Persidangan ini diadakan untuk memilih perwakilan yang akan mengundi calon presiden dari parti tersebut yang bertanding dalam pilihan raya presiden di peringkat pusat. Persidangan berlangsung di peringkat bahagian atau wilayah yang lebih kecil dengan anggota partinya berhimpun dan memilih wakil-wakil yang akan pergi mengundi nanti. Perwakilan ini bebas memilih sesiapa sahaja walaupun dari kawasan lain. Sistem primari ini memperlihatkan pemilihan calon parti dari bawah dan bukannya dari peringkat kepimpinan tertinggi parti. |
digression | penyimpangan | Kesusasteraan | Tiada | Bahan yang kurang jelas kaitannya dengan tema atau perbincangan pokok yang dimasukkan ke dalam cerita sebelum cerita tersebut disambung semula. Daripada satu pihak, penyimpangan dianggap sebagai satu kelemahan kerana mengganggu perkembangan plot dan memperlihatkan pengarang tidak dapat mengawal jalan cerita dengan baik. Penyimpangan biasanya tidak digenari dalam esei formal, drama atau naratif yang padat serta kental susunannya. Daripada pihak yang lain, penyimpangan dianggap menawarkan kelegaan komik atau memberi maklumat tambahan untuk memperhebatkan cerita. Penyimpangan sering digunakan dalam novel pikares (picaro) dan novel epik. Antara bentuk penyimpangan yang digunakan ialah simile epik. Selain itu, penyimpangan yang digunakan ialah simile epik. Selain itu, penyimpangan juga dijumpai dalam esei yang tidak formal sifatnya atau novel yang menggunakan aliran kesedaran. Penyimpangan yang panjang dikenali sebagai hujungan rinci. Antara penulis yang gemar menggunakan penyimpangan ialah Lawrence Sterne dalam karyanya yang berjudul Tristram Shandy. Karya ini mengandungi satu bahagian, iaitu Digression on Digressions, sementara dalam karya De Quincey pula penyimpangan dikatakan lebih panjang daripada tema utamanya. Dalam contoh sastera Melayu, episod punakawan dalam pewayangan adalah kelegaan komik yang boleh dianggap sebagai penyimpangan. Penyimpangan berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �pergi ke tepi�. Lihat juga aliran kesedaran, epik, hubungan rinci, kelegaan komik, novel pikares, simile epik. |