Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.hu.bu.ngan] | ڤرهوبوڠن

Definisi : 1. hubungan: seluruh hidup manusia terdiri drpd ~nya dgn keluarga, jiran dan tetangga; pegawai ~ pegawai per­antaraan (utk menyelaraskan tugas bahagian-bahagian yg berlainan dlm ketenteraan, pejabat, dll); 2. alat lalu lintas (jalan raya, kereta api, surat-menyurat, pos, telegram, telefon, penerbangan, pelayaran, dll): ~ udara antara Malaysia dgn Indonesia dipulihkan sebaik-baik sahaja Perjanjian Bangkok ditandatangani; Kementerian P~ kemen­teri­an yg mengurus soal lalu lintas dll; 3. perihal berhubung(an) antara satu dgn yg lain (bkn negara dll): ~ diplomatik antara India dgn China semakin genting; perkara-per­kara mengenai ~ dagang antara kedua-dua negara dibincangkan dgn sedalam-dalam­nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.hu.bu.ngan] | ڤرهوبوڠن

Definisi : 1 hal berhubung; perkait­an; pertalian: Tidak terdapat sebarang ~ antara kedua-dua kejadian itu. 2 alat utk berhubung atau lalu lintas (jalan raya, kereta api, pos, telegram dll): Semua ~ di antara Pantai Timur dgn Pantai Barat telah terputus akibat banjir. 3 cara orang, negara dll berhubung antara satu dgn yg lain: ~ dagang pun bermula antara negeri China dgn Melaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Tegang tidak,
     kendur tidak.

Bermaksud :

Perhubungan yang tidak terikat dan memaksa.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coefficient relationshippekali perhubunganPenternakanGenetik dan PembiakbakaanUkuran darjah perhubungan biologi antara dua haiwan. Semakin dekat hubungan biologi dua haiwan itu, semakin tinggi pekali perhubungannya. Contohnya, hubungan anak dengan bapa ialah 50% manakala hubungan cucu dengan datuk ialah 25%.
bromanceakrab lelakiUmumTiadaPerhubungan persahabatan yang sangat rapat antara dua (2) orang lelaki.
womanceakrab wanitaUmumTiadaPerhubungan persahabatan yang sangat rapat antara dua (2) orang wanita.
dominancedominanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPerhubungan antara alel pada satu gen yang mengakibatkan kesan fenotip satu alel menyingkirkan kesan fenotip alel yang lain.
fetal attitudeatitud janinKejururawatanTiadaPerhubungan bahagian janin, iaitu kepala, spina dan anggota-anggotanya antara satu dengan lain.
ad hoctalian sementaraKomunikasiTiadaTalian perhubungan yang disediakan oleh pihak komunikasi secara sementara bagi tujuan siaran atau rancangan khas. Talian ini ditamatkan selepas penggunaannya selesai.
disturbed family relationshiphubungan keluarga renggangKejururawatanTiadaPerhubungan kekeluargaan yang tidak mesra yang boleh mengakibatkan gangguan kepada pemulihan pesakit.
urban ecologyekologi bandarPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPerhubungan antara hidupan dengan persekitaran di bandar.
interneuroninterneuronSains SukanBiomekanikNeuron yang berfungsi sebagai medium perhubungan di antara neuron sensori (neuron aferen) dengan neuron motor (neuron eferen).
limited social interactioninteraksi sosial terhadKejururawatanTiadaKekurangan penyertaan dalam perhubungan sosial dari segi kualiti dan kuantiti.
1234

Kembali ke atas