indigenous medicine | perubatan peribumi | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Amalan rawatan dan pencegahan penyakit yang diterima pakai berdasarkan kepada penggunaan bahan semula jadi secara tradisional. |
native title | hakmilik peribumi | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
indigenous microorganism | mikroorganisma asal/mikroorganisma peribumi | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
macapat | macapat | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi jawa yang bersifat peribumi. Bentuk puisi ini muncul pada zaman awal kedatangan Islam ke Tanah Jawa. Rangkap macapat terdiri daripada empat hingga sepuluh baris dengan setiap baris mempunyai tiga hingga dua belas suku kata. Semua rima hujung baris rangkapnya terdiri daripada bunyi vokal. Macapat mempunyai meter yang dikenali sebagai �tembang cilik� atau meter kecil, berbeza dengan �tembang gede� atau meter besar. Meter besar dikhaskan untuk puisi yang dipengaruhi bentuk prosodi India seperti kakawin. Bentuk meter macapat dieprkenalkan oleh para wali untuk mencipta puisi mistik atau puisi suluk yang amat popular pada kurun ke-18 dan 19. Puisi macapat biasanya dilagukan dan setiap meternya mempunyai lagu yang tersendiri. Kebanyakan rangkap macapat dinyanyikan tanpa iringan alat bunyi-bunyian. Puisi yang menggunakan bentuk meter macapat ialah puisi Kidung Rangge Lawe. Lihat juga kakawin, kidung. |
motifeme | motifem | Kesusasteraan | Tiada | Unit struktur yang merupakan dasar dalam cerita rakyat. Motifem diperkenalkan oleh Dundes dalam analisisnya terhadap cerita rakyat suku peribumi Indian di Amerika utara. Unsur yang sama diistilahkan oleh V. Propp (1968) sebagai fungsi. Dundes meminjam istilah motifem daripada Pike yang menggunakannya untuk kajian bahasa. Motifem dikaitkan dengan motif, sama seperti fungsi yang dikaitkan dengan aksi. Dalam analisis Dundes, struktur termudah cerita rakyat ini terdiri daripada dua motifem, iaitu kekurangan dan kelebihan atau ketidakseimbangan dan keseimbangan yang diatasi. Lihat juga fungsi, motif. |
vernakular literature | kesusasteraan vernakular | Kesusasteraan | Tiada | Bahasa tempatan atau bahasa yang digunakan sehari-hari. Kesusasteraan vernakular dikenali sebagai kesusasteraan etnik yang merupakan hasil sastera peribumi di sesuatu kawasan atau penempatan. Contoh kesusasteraan vernakular ialah kesusasteraan suku kaum Iban, Kadazan, dan lain-lain. |
polarization | polarisasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan menjadikan suatu masyarakat atau masyarakat antarabangsa berpecah kepada dua pihak yang bertentangan semata-mata kerana sesuatu ideologi, isu atau sentimen ras. Proses pemecahan dua pihak ini berjalan secara perlahan kesan daripada perbezaan pendapat atau persepsi yang muncul secara jelas dalam sesuatu masyarakat. Masyarakat demokratik umpamanya boleh dipolarisasikan kepada kelompok yang menyokong pengekalan institusi raja atau yang menentangnya dan yang menyokong kebebasan beragama atau menentangnya. Manakala masyarakat plural pula boleh terbahagi kepada peribumi dengan bukan peribumi, kulit hitam dengan kulit putih dan masyarakat antarabangsa dahulu yang menyokong Amerika Syarikat dengan yang menyokong Soviet Union. |
noble savage | noble savage | Kesusasteraan | Tiada | Konsep yang merujuk kepada sifat kemuliaan, kebaikan dan martabat diri yang tinggi pada manusia primitif yang belum dicemari oleh kesan buruk tamadun. Pada era romantisme, konsep ini merupakan tindak balas penulis terhadap kesan negatif industrialisme, materialisme dan kapitalisme yang memusnahkan keindahan semula jadi. Dalam era imperialisme pada kurun ke-19, konsep noble savage digunakan oleh para orientalis untuk merujuk kepada masyarakat peribumi. Kini, dalam bidang kajian pascakolonial, konsep ini ditinjau semula untuk mempelihatkan sikap memandang rendah sebilangan orientalis terhadap masyarakat peribumi. |
kaba | kaba | Kesusasteraan | Tiada | Sastera lisan atau bertulis orang Minangkabau yang mungkin dapat dikategorikan sebagai genre roman lipur lara. Kaba biasanya merupakan roman sejarah atau didaktik yang bertujuan untuk memberikan pendidikan kerohanian. Unsur yang menjadi asas cerita kaba masih sama seperti lipur lara, iaitu percintaan dan pengembaraan. Kaba disampaikan dalam bahasa yang berbunga-bunga, diindahkan dengan pantun dan talibun. Kaba memperlihatkan pengaruh Islam yang ketara, namun unsur peribumi dan Hindu juga agak dominan. Kaba disampaikan oleh tukang kaba dengan iringan alat-alat bunyian dan diselang-selikan dengan tarian randai. Persembahan kaba biasanya mengiringi upacara adat setempat. Kaba yang tertua ialah kaba Cinduo Mato yang dianggap wujud sebelum tahun 1350. Contoh kaba yang lain ialah Sabai Nan Aluih, Rancak di Labueh dan Puti Nilam Cayo. Kaba berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud �khabar�. Lihat juga talibun. |
literary typology | tipologi sastera | Kesusasteraan | Tiada | Pola struktur yang sama, yang wujud dalam kelompok cerita tertentu. Sesebuah cerita dapat digolongkan ke dalam satu tipologi berdasarkan satu pola struktur tipa yang sama. Pola tersebut mungkin dibina oleh urutan unit polot yang disebut fungsi. Contohnya seperti yang diketengahkan oleh V. Propp dalam analisis morfologi genre cerita pari-pari, atau dikenal pasti sebagai motifeme oleh Dundes dalam kajiannya tentang struktur cerita suku peribumi Indian di Amerika Utara. Berdasarkan analisis v. Propp, semua cerita yang memperlihatkan struktur morfologi yang sama akan tergolong di bawah tipologi cerita pari-pari. |