Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.gi] | ڤريݢي

Definisi : lubang (yg digali dlm tanah) utk men­dapatkan air, sumur: kerana tidak ada bekalan air paip, mereka bergantung pd ~ sahaja utk mendapat air; ~ buta perigi yg tidak mengandungi air lagi; ~ wakaf perigi utk digunakan oleh orang ramai; lopak (men)jadi ~ prb naik darjat (menjadi kaya dll); orang yg menunggu ~ itu, bilakah ia mati dahaga? prb orang yg hampir dgn orang yg berilmu (kaya dll) tidak mungkin menjadi bodoh (susah dll); sebab berkelahi dgn ~ akhirnya mati dahaga prb jangan menentang orang yg berkuasa nanti kita juga yg mendapat kesusahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.gi] | ڤريݢي

Definisi : lubang yg digali di tanah utk mendapatkan air; telaga: ~ buta perigi yg tidak berair lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perigi (kata nama)
Bersinonim dengan sumur, telaga, luak.,

Puisi
 

Gali perigi di tengah padang,
     Boleh saya menumpang mandi;
Ingat saya umur panjang,
     Bulan depan ke mari lagi.


Lihat selanjutnya...(59)
Peribahasa

Jangan diperlelarkan timba ke perigi,
     kalau tak putus genting.

Bermaksud :

Perbuatan yang jahat jangan dibiasakan. (Bandingkan dengan: Dilelar timba ke perigi; tak sekali, sekali pecah juga).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
supermoonbulan perigi (périgi)AstronomiTiadaBulan penuh yang berlaku berhampiran atau pada masa bulan berada pada titik terdekat dalam orbitnya ketika mengelilingi Bumi.
double-well potentialkeupayaan perigi ganda duaFizikNanoteknologiTenaga keupayaan dalam sistem mekanik kuantum yang terdiri daripada dua perigi keupayaan yang dipisahkan oleh satu sawar. Keupayaan perigi ganda dua digunakan untuk menerangkan fenomena penerowongan mekanik kuantum seperti perpindahan elektron, proton dan nanozarah magnet.
square wellperigi segi empat samaFizikNanoteknologiNanostruktur satu dimensi bahan yang difabrikasi supaya memberikan kesan kuantum yang sama seperti elektron terkurung dalam perigi keupayaan berbentuk segi empat sama. Struktur ini berbentuk filem tipis berketebalan sama atau kurang daripada 100 nm. Contohnya, filem tipis galium arsenida yang dimendapkan di atas satu substrat.
confined electronelektron terkurungFizikNanoteknologiKeadaan elektron yang terkurung di dalam perigi keupayaan berdimensi 0, 1, 2 atau 3 dengan saiz dari 1 nm - 100 nm. Jika saiz dimensi ini sama atau lebih kecil daripada jejari eksiton, sekitar 10 nm, elektron ini akan mengisi aras tenaga yang diskret. Contohnya, elektron yang terkurung di dalam bintik kuantum, nanotiub, nanowayar, dan nanorod.
quantum dotbintik kuantumFizikNanoteknologiZarah bersaiz nanometer yang terdiri daripada gabungan atom atau molekul yang biasanya terdiri daripada bahan semikonduktor. Zarah ini dianggap sebagai suatu bintik yang mengandungi 1 elektron - 100 elektron, lohong atau eksiton yang terkurung dalam perigi keupayaan elektrostatik. Pengurungan ini menyebabkan elektron atau lohong mempunyai tenaga terkuantum yang dapat dicerap sebagai spektrum cahaya yang diskret. Bintik kuantum bersifat pendarfluor dan digunakan sebagai penderia biologi dan dalam peranti fotonik.
quantum confinementpengurungan kuantumFizikNanoteknologiPengurungan elektron atau lohong dalam semikonduktor berupa sekatan pergerakan dalam satu atau lebih dimensi. Pengurungan kuantum ini dapat berlaku apabila satu atau lebih dimensi hablur dikecilkan sehingga menghampiri saiz jejari Bohr, iaitu 10 nm - 100 nm. Contohnya, bintik kuantum dikurung dalam tiga dimensi, wayar kuantum dalam dua dimensi dan perigi kuantum dalam satu dimensi.

Kembali ke atas