ethopoetics | etnopuitika | Kesusasteraan | Tiada | Perihal tafsiran baharu tentang sistem kesusasteraan sesuatu bangsa berdasarkan ciri-ciri khusus sastera bangsa tersebut. Dalam kalangan sarjana tempatan, wujud suatu kesedaran untuk menilai semula sistem sastera tempatan, sama ada dari segi sejarah atau teori dan kritikan yang berteraskan tradisi dan nilai tempatan. Sarjana tempatan tidak lagi bergantung pada tradisi dan nilai budaya luar (Barat), malah berdialog secara kritis dengan mereka. Unsur etnopuitika kesusasteraan sesuatu bangsa harus bersumberkan budaya pemikiran asli bangsa berkenaan yang banyak terakam dalam khazanah kesusasteraan lisan. Dengan kata lain, etnopuitika sastera sesuatu bangsa haruslah berteraskan jati diri dan tradisi bangsa yang melahirkan sastera tersebut yang diwarisi sejak zaman silam. Kesedaran tersebut telah muncul di seluruh dunia termasuklah di Afrika, Asia Barat, Jepun, China, dan Nusantara. Di Malaysia, perbincangan tentang konsep etnopuitika dalam satera Melayu telah dilakukan oleh Muhammad Haji salleh melalui bukunya Puitika Sastera Melayu (2000). Menurut beliau, konsep puitika sastera Melayu harus digali daripada sumber tradisi lisan Melayu. Oleh itu, beliau menyarankan agar konsep teks, genre, pengarang, khalayak, dan keindahan dalam sastera Melayu harus bersumberkan tradisi lisan Melayu. Sarjana lain yang turut membicarakan konsep puitika Melayu ialah Mohd. Affandi Hassan, Hashim Awang dan V,I. Braginsky. |
fancy | fansi | Kesusasteraan | Tiada | Perihal daya persepsi yang melibatkan khayalan. Daya ini berbeza dengan daya imaginasi, dan tarafnya dianggap lebih rendah daripada imaginasi. Sehingga abad ke-19, khayalan dan imaginasi disamakan, tetapi pengkritik romantis seperti Samuel Coleridge dan willian Wordsworth membezakan antara kedua-duanya. Bagi mereka, khayalan itu terbatas sifatnya kerana khayalan terlalu bergantung pada proses asosiasi, sedangkan imaginasi mampu mencipta imejan baharu dan segar melalui proses penyatuan imej. Fansi penting dalam penulisan novel mistik atau cereka fantasi kanak-kanak. Lihat juga imaginasi, imejan. |
phonocentrism | fonosentrisme | Kesusasteraan | Tiada | Perihal tumpuan pada bunyi atau pertuturan. Fonosentrisme merupakan salah satu cabang dalam bidang logosentrisme yang mengutamakan pertuturan berbanding dengan penulisan. Ahli falsafah perancis, Jacques Derrida memperkenalkan istilah logosentrisme apabila beliau membicarakan aspek kebenaran dalam bentuk buah fikiran. Penekanan yang diberikan pada pertuturan fikiran. Penekanan yang diberikan pada pertuturan dalam fonosentrisme berdasarkan pandangan bahawa fonosentrisme lebih hampir dengan kebenaran berbanding dengan penulisan. Menurut Derrida, penulisan dianggap asing berbanding dengan pertuturan. Pandangan ini bertentangan dengan pendapat Plato, seorang ahli falsafah purba yang meletakkan tahap pertuturan lebih tinggi daripada penulisan. Lihat juga logosentrisme. |
lexicalization | leksikalisasi | Kesusasteraan | Tiada | Perihal membekalkan sesuatu idea dengan sesuatu istilah atau nama. Contohnya, karya sastera Melayu pada zaman kewiraan abad ke-18 banyak memberi sinonim untuk konsep �kewiraan� seperti perwira, gagah, perkasa, sateria, kuat, kukuh dan tegap. Hal ini menunjukkan bahawa konsep kewiraan ini penting dalam budaya pada zaman tersebut. Terdapat dua ekstrem dalam prinsip leksikalisasi, iaitu lebih leksikalisasi yang bermaksud �membekalkan ideaa dengan pelbagai istilah�, iaitu suatu idea dengan banyak istilah, manakala kurang leksikalisasi (under-lexicalization) bermaksud suatu idea dibekalkan dengan terlalu sedikit istilah. Lebih leksikalisasi menjadi petanda tentang peri pentingnya dan signifikannya sesuatu idea dalam sesuatu budaya atau masyarakat, sementara kurang leksikalisasi pula menandakan hal yang sebaliknya. Dengan mengkaji konsep idea yang lebih prominen dan signifikan serta sebarang konsep yang kurang signifikan berdasarkan prinsip leksikalisasi, usaha ini dapat membantu penyelidik mengenal pasti konsep yang lebih menonjol dalam sesuatu masyarakat. Konsep leksikalisasi dikembangkan oleh seorang ahli liguistik Inggeris bernama M.A.K. Halliday. |
monologic | monologik | Kesusasteraan | Tiada | Perihal menggunakan suara penulis dalam sesebuah karya. Karya monologik ialah karya yang menggunakan satu suara, iaitu suara penulis yang mengongkong suara setiap watak. Konsep ini diperkenalkan oleh pengkritik Rusia, iaitu Mikhail Bakhtin yang menggunakan novel karya Tolstoy bertajuk War and Peace sebagai contoh karya monologik. Dalam karya ini, Tolstoy banyak mengawal pertuturan watak-wataknya. |
scatology | skatologi | Kesusasteraan | Tiada | Perihal merangkumkan karya yang bercorak lucah dengan karya berunsur humor kasar. Contoh karya skatologi ditemui dalam novel Shit, novelet Muntah dan cerpen �Kentut� oleh Shahnon Ahmad. Skatologi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �pengetahuan najis�. |
symptomatic | bergejala | Perubatan | Tiada | Perihal mempamerkan atau menunjukkan gejala atau tanda, terutamanya sesuatu penyakit yang tidak menyenangkan. |
balance | imbangan | Kesusasteraan | Puisi | Perihal puisi yang berhubung kait dengan isi, struktur lihatan dan struktur dalaman. Contohnya, suatu isu yang menjadi pemikiran kepada seorang penyair itu akan dicerna dengan teliti, mengimbangkan diksi dan pembentukan frasa serta kalimat yang sesuai. |
atmosphere | suasana | Kesusasteraan | Puisi | Perihal perasaan sedih, gembira, kagum dan simpati yang i:imbul dalam puisi melalui penggunaan bahasa. Contohnya, puisi "Ke Makam Bonda" dalam kumpulan Gelombang karya Usman Awang menimbulkan kesedihan di samping kekaguman. |
romantic | romantik | Kesusasteraan | Puisi | Perihal suasana hati yang tenang dan menyenangkan. Tekanan suara agak tinggi dan diselangi oleh tekanan suara yang rendah dan perlahan. Puisi ini ditujukan kepada karya seni dan sastera yang dihasilkan berdasarkan perasaan semata-mata, bukan intelek; cenderung kepada keagungan, perasaan dan kecantikan. Contohnya, puisi "Kekasih" karya Usman Awang. |