moina | moina | Perikanan | Akuakultur | Sejenis kutu air atau zooplankton air tawar halus dari kumpulan Kladosera yang digunakan sebagai makanan hidup kepada rega, benih ikan atau udang air tawar. |
haemorrhage | perdarahan | Perikanan | Akuakultur | Pengaliran darah keluar daripada salur-salur darah yang disebabkan oleh kecederaan atau kerosakan pada salur-salur tersebut. Pendarahan berlaku apabila darah terkumpul di suatu organ dalaman, bukaan atau luka pada saluran darah yang terdapat di permukaan kulit ikan. Kebiasaannya pendarahan berpunca daripada jangkitan penyakit atau masalah pengurusan kesihatan ikan. |
disinfection | disinfeksi | Perikanan | Akuakultur | Proses membasmi atau memusnahkan mikroorganisma pada peralatan dan bahan yang digunakan untuk mengelakkan pencemaran. |
domestication | domestikasi | Perikanan | Akuakultur | Pemindahan ternakan haiwan akuatik dari habitat liar ke sistem ternakan yang terkawal. Haiwan akuatik tersebut dipelihara supaya boleh hidup dalam keadaan baik seperti di habitat semula jadinya. Tujuan utama domestikasi adalah untuk pemuliharaan genetik, pembiakbakaan dan akuakultur. Contohnya, ikan siakap atau udang harimau dari perairan semula jadi yang dipindahkan untuk diternak di dalam tangki atau kolam. |
mysis | misis | Perikanan | Akuakultur | Peringkat ketiga larva udang yang mengambil masa 3 – 5 hari dalam proses perkembangan larva. Pada peringkat ini, larva mula membentuk pleopoda. |
dormant | dorman | Perikanan | Akuakultur | Keadaan organisma yang seakan-akan diam dan tiada aktiviti. Keadaan ini boleh mencapai masa bertahun-tahun lamanya. Organisma akan keluar daripada keadaan dorman apabila persekitaran berada dalam keadaan baik untuk membesar dan membiak. Contohnya ialah sista artemia. |
necrosis | nekrosis | Perikanan | Akuakultur | Sel yang mati akibat daripada penyakit, trauma atau toksin. Nekrosis menjejaskan sekumpulan sel atau sebahagian struktur atau organ yang akan memudaratkan fungsi organ tertentu pada ikan. |
dosage | dos | Perikanan | Akuakultur | Sukatan dan kekerapan ubat yang sesuai diberikan dalam suatu rawatan penyakit ikan pada tempoh tertentu. |
spore | spora | Perikanan | Akuakultur | Sel pembiakan organisma patogen. Spora mampu berkembang menjadi organisma baharu secara aseksual. Contoh organisma yang menghasilkan spora ialah bakteria dan kulat. |
dropsy | dropsi | Perikanan | Akuakultur | Bendalir yang terkumpul dalam sel tisu atau rongga badan ikan. Bendalir ini wujud hasil daripada ketidakseimbangan homeostasis ikan yang boleh menyebabkan sisik ikan menegak. Dropsi juga merupakan gejala kemerosotan kesihatan ikan. |