guild socialism | sosialisme perikatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat faham sosialis perikatan. |
alliance | perikatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gabungan kerjasama beberapa individu, organisasi atau negara bagi mencapai faedah dan matlamat yang sama. Kerjasama ini diIihat sebagai satu bentuk kerjasama yang bersifat konkrit, tersusun serta mempunyai struktur tadbir urus yang jelas. Kerjasama ini boleh wujud dalam bentuk gabungan beberapa parti dan beberapa negara. Contohnya, Perikatan Barisan Nasional di Malaysia. |
guild socialism | faham sosialis perikatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang berkembang di Great Britain yang mencadangkan satu sistem perusahaan sendiri melalui syarikat pekerja. Teori ini diperkenalkan oleh Arthur J. Penty yang mementingkan semangat kerjasama di kalangan pekerja. Melalui fahaman ini, pekerja merupakan golongan yang paling layak mengurus dan memiliki perusahaan tersebut melalui syarikat yang dibentuk. Fungsi pemerintah pula hanya memiliki alat pengeluaran atau kilang dan mentadbir pengurusannya tetapi keuntungan dimiliki oleh syarikat pekerja tersebut. Walau bagaimanapun, syarikat pekerja ini perlu membayar cukai kepada kerajaan. Fahaman ini membidas idea Marx dengan menekankan bahawa pekerja perlu berusaha untuk menguasai perusahaan dan bukan tertumpu kepada reformasi politik . Faham sosialis pernah dilaksanakan pada awal abad ke-20 tetapi tidak dapat bertahan lama. Walaupun begitu, fahaman ini kuat mempengaruhi perkembangan kesatuan sekerja di United Kingdom. Sinonim sosialisme perikatan. |
commonwealth | Komanwel | Sains Politik | Politik Perbandingan | Perikatan negara merdeka yang terbentuk secara sukarela untuk melindungi kepentingan masing-masing atau melambangkan identiti politik tertentu yang sepunya di kalangan mereka. Ahli falsafah politik, Thomas Hobbes mentakrifkan konsep ini sebagai aksi kerjasama beberapa golongan masyarakat atau negara untuk melindungi nilai tertentu yang dikongsi bersama. Misalnya Poland dan Lithuania pernah mewujudkan Komanwel pada tahun 1569 bagi melindungi kedua-dua negara tersebut daripada ancaman Rusia dan juga Empayar Ottoman. Dalam konteks moden hari ini, Komanwel lebih merujuk kepada kesatuan sukarela atau kerjasama yang terbentuk di kalangan negara bekas tanah jajahan British. Terdapat dua jenis Komanwel iaitu Komanwel Lama yang terdiri daripada negara tanah jajahan British yang bersifat penempatan baru dan kemudiannya memperoleh kemerdekaan seperti New Zealand, Australia dan Kanada. Komanwel Lama juga terbentuk selepas Perang Dunia Pertama berakhir. Komanwel Baru pula ialah negara bekas tanah jajahan British yang memperoleh taraf kemerdekaan secara gerakan nasionalis seperti Malaysia, India, Jamaica, Kenya dan Nigeria. |
representative democracy | demokrasi berperwakilan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pemerintahan demokrasi tidak langsung yang memerlukan wakil rakyat untuk menyuarakan kepentingan orang ramai serta membincangkan masalah dan kepentingan negara. Sistem perwakilan terpaksa dibentuk kerana demokrasi langsung tidak mungkin dilaksanakan lagi, kesan daripada penduduk yang ramai. Dengan itu, orang ramai memilih wakil rakyat dalam pilihan raya untuk mewakili suara mereka. Kelompok perwakilan yang mendominasi dewan perundangan akan membentuk kerajaan manakala selebihnya akan menjadi pembangkang. Terdapat dua jenis demokrasi perwakilan iaitu demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden. Contohnya, Malaysia telah melaksanakan amalan demokrasi berperwakilan sejak mula merdeka hingga kini. Malaysia juga dikuasai oleh kerajaan Perikatan dan kini dikenali sebagai Barisan Nasional. |