loop | gelung | Teknologi Maklumat | Perisian | Perintah atau set perintah yang dilakukan berulang kali menurut jumlah dan syarat yang telah ditetapkan. Dengan menggunakan gelung, sesuatu perintah itu hanya perlu ditulis sekali sahaja. Contohnya, dalam gelung ‘while’ dan gelung ‘for’, set perintah diulang selagi syarat yang ditetapkan dipenuhi. Contoh kod gelung dalam bahasa C adalah seperti yang berikut: x=0; while (x <= 3){ printf(x); x++; } Kod seperti yang di atas akan memaparkan nilai x selagi nilainya kurang atau sama dengan 3. Oleh yang demikian, atur cara akan memaparkan nombor seperti yang berikut: 0 1 2 3 |
sahm lilamri | saham dengan perintah | Perniagaan Islam | Tiada | Sijil saham yang tercatat di atasnya dengan perintah. Saham dengan perintah boleh dipindah milik dengan cara ditandatangani dan dicatat di belakang sijil itu pemindahan milik kepada nama pemilik baru. Setelah berlaku perpindahan milik, terhapuslah hak pemilik pertama terhadap syarikat. Bentuk saham ini harus dari segi syarak kerana pelabur asal dan pelabur baru dapat dikenali dengan jelas dan amalan ini dapat mengelakkan perbalahan. Pertukaran hak milik bagi sijil saham boleh dilakukan secara jual beli, sedekah dan hibah. Sinonim asham lilamri. |
command line | garis perintah | Teknologi Maklumat | Perisian | Antara muka yang digunakan oleh pengguna bagi menaip perintah dalam persekitaran DOS, UNIX atau Linux. Perintah ini terdiri daripada nama atur cara dan diikuti dengan beberapa argumen lain. Berbanding dengan antara muka grafik seperti persekitaran Windows yang lebih mesra pengguna, pelaksanaan perintah hanya dibuat dengan mengklik dua kali ikon atur cara tersebut. Contohnya, perintah seperti ipconfig dalam persekitaran DOS perlu ditaip pada garis perintah untuk melaksanakannya. |
dot command | perintah bintik | Teknologi Maklumat | Perisian | Mekanisme untuk berinteraksi dengan sistem pengendali atau perisian bagi melakukan tugas tertentu. Pendekatan ini berlainan dengan penggunaan tetikus berserta antara muka grafik untuk memilih sebarang opsyen yang dikehendaki dengan hanya mengklik pada butang tetikus. Mekanisme ini membolehkan komputer melakukan tugas berdasarkan perintah yang diberi dengan menaip perintah tersebut dan menekan butang ‘Enter’. Penterjemah garis perintah akan menerima perintah yang ditaip dan seterusnya melaksanakan perintah tersebut. Contoh perisian yang menggunakan perintah bintik ialah Matlab. |
UI (user interface) | UI (antara muka pengguna) | Teknologi Maklumat | Tiada | Gabungan antara menu, reka bentuk skrin, perintah papan kekunci, bahasa perintah dan skrin bantuan yang membentuk cara pengguna berinteraksi dengan komputer. Ia juga termasuk tetikus, skrin sentuh dan perkakasan input yang lain. |
directive | arahan; perintah | Sejarah | Tiada | Perintah atau arahan yang lengkap dengan butir-butir perinci biasanya bertulis yang diberikan kepada pekerja sebagai panduan tentang apa yang patut dibuat oleh mereka. |
statutory order | perintah berkanun | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perintah yang mempunyai kuat kuasa perundangan. |
FTP command | perintah FTP | Teknologi Maklumat | Tiada | Perintah yang digunakan untuk memindah fail dalam FTP. |
preservation order | perintah pemeliharaan | Undang-undang | Tiada | Perintah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa di bawah undang-undang tertentu supaya bangunan dan sebagainya dipelihara. |
command and control regulation system | sistem peraturan perintah dan kawalan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kaedah yang sistematik berdasarkan peraturan tertentu dalam mengeluarkan arahan dan membuat pengawasan terhadap sesuatu bidang tugas yang diamanahkan. Sistem peraturan perintah dan kawalan ini menjadi panduan asas kepada pihak pentadbir atasan dalam mengendalikan pengurusan organisasi dengan lebih tepat dan berkesan. Setiap organisasi mempunyai sistem peraturan perintah dan kawalan berdasarkan matlamat dan dasar pengurusan yang tersendiri. Walau bagaimanapun, perkhidmatan awam mempunyai satu sistem peraturan perintah dan kawalan yang standard bagi setiap peringkat pentadbiran. |