Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kata yg menyuruh (mengarah) melakukan sesuatu, arahan, suruhan: guru memberi ~ “lompat” dan murid sekalian serentak melompat; manusia dipertanggungjawabkan oleh agama supaya melaksanakan segala ~ Tuhan; atas ~ dgn perintah, utk melaksanakan segala perintah; di bawah ~ a) diarahkan oleh; b) di bawah pimpinan; c) masuk dalam lingkungan (kawalan); surat ~ surat yg mengandungi perintah; 2. peraturan drpd kerajaan atau pihak yg berkuasa yg harus dipatuhi: kerajaan telah mengeluarkan ~ mengharamkan semua tunjuk perasaan di seluruh negara; 3. kata-kata suruhan (dlm perbarisan dll), aba-aba, komando; ~ berkurung perintah yg melarang orang ke­luar dr rumah pd masa-masa yg ditentukan; ~ halus perintah yg berupa nasihat (cadangan dll); ~ keras perintah yg mesti dipatuhi; seperintah menurut segala perintah (ibu bapa dll): menurut adat istiadat kita, anak ~ bapak dan kemanakan ~ mamak; memerintah 1. mengeluarkan (memberi) perintah, menyuruh (mengarahkan) melaku­kan sesuatu: jika hendak menegah sesuatu perbuatan jarang ia memaksa atau ~, melainkan ia menasihati dahulu; 2. menguasai dan mengurus (negara, orang, dll): menurut sistem demokrasi, kerajaan yg dipilih rakyat ~ negeri; memerintahi 1. memberi (mengeluarkan) perintah kpd: sbg ketua ia ~ orang-orang di bawahnya; 2. membawahkan, memimpin; 3. ark memerintah (menguasai dan mengen­dalikan): selama tiga tahun setengah, Malaya diperintahi Jepun; memerintahkan 1. memberikan perintah kpd, mengarahkan supaya mengerjakan: ke mana juga ia diperintahkan pergi, ia mesti patuh; 2. memerintah (menguasai dan men­tadbir negeri dll): duduklah ia ~ negeri Pahang sementara belum beraja; 3. mengelolakan, mengurus (kawasan dll); terperintah diperintah, dikuasai: bagi saya orang yg ~ ini, disuruh pergi ditegah berhenti; pemerintahan perihal memerintah, cara (sistem) memerintah, pentadbiran: di bawah ~ demokrasi, rakyat diberi kebebasan yg luas; ~ sewenang-wenang (Udg) sistem pe­merintahan yg tidak dibatasi oleh undang-undang; pemerintah 1. kekuasaan yg memerintah (menguasai) negara atau bahagian negara dsb: menerusi kesusasteraan, penulis-penulis mengemukakan fikiran dan kritik-kritik terhadap masyarakat dan ~; ~ daerah kekuasaan yg memerintah daerah; 2. badan atau kumpulan orang yg memerintah (mengendalikan pentadbiran) sesuatu negara, kerajaan: parlimen menjaga dan mengawasi segala yg dibuat oleh ~; kabinet yg terdiri drpd Perdana Menteri dan menteri-menterinya merupakan ~ yg menentukan dasar pentadbiran negara; parti ~ parti politik yg memerintah (kerajaan); 3. negara (bukan prebet atau orang perseorangan), kerajaan; tanah (pejabat dll) ~ tanah (pejabat dll) kepunyaan negara atau kerajaan; 4. pegawai (polis, tentera, dll) yg mengetuai pasukan dan memberikan perintah (arahan-arahan): perintah melancarkan serangan itu dikeluarkan oleh ~ pasukan tentera itu; 5. ark pengawas, pengelola, pengurus: ~ perkebunan; ~ berperlembagaan pemerintah (kerajaan) yg mentadbir negeri berdasarkan perlembagaan; ~ pelarian kerajaan yg berada di negeri lain (kerana negaranya diduduki musuh dsb); ~ peralihan kerajaan sementara (sebelum tertubuhnya kerajaan yg sebenarnya); ~ pusat kerajaan pusat (yg berkuasa terhadap seluruh negara); ~ tentera pemerintah yg dikuasai oleh tentera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 perkataan dsb yg bermaksud menyuruh melakukan sesuatu: Kita hendaklah sentiasa melaksanakan ~ Allah. 2 peraturan atau arahan drpd pihak yg berkuasa yg mesti dipatuhi: Kerajaan telah mengeluarkan ~ mengharamkan pemogokan. memerintah 1 menyuruh (seseorang) melakukan sesuatu; mengeluarkan perintah kpd: Sesiapa pun tidak berani ~ dia. 2 menguasai serta menjalankan pentadbiran sesebuah negara: Baginda telah ~ negeri itu selama dua belas tahun. memerintahkan mengeluarkan perintah atau arahan; mengarahkan supaya melakukan sesuatu: Menteri Dalam Negeri telah ~ penangkapan orang-orang yg disyaki membahayakan negara. pemerintahan perbuatan memerintah; cara memerintah: Pusat ~ negeri Pahang telah dipindahkan dr Kuala Lipis ke Kuantan. pemerintah orang atau kumpulan orang yg memerintah sesebuah negara. ~ boneka pemerintah yg tidak mempunyai kuasa dan bertindak mengikut kehendak pihak-pihak tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perintah (kata nama)
1. Bersinonim dengan suruhan: arahan firman, sabda, amar, titah rodi, aba-aba, komando,
Berantonim dengan larangan

2. Bersinonim dengan peraturan: undang-undang, hukum, kanun,

Kata Terbitan : memerintah, memerintahkan, pemerintahan, pemerintah,

Puisi
 

Siti Wan Kembang perintah Kelantan,
     Nama termasyhur zaman dahulu;
Baik-baik memilih intan,
     Takut terkena kaca dan batu.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Keras ditakik,
     lunak disudu.

Bermaksud :

Perintah haruslah dilakukan dengan segala kebijaksanaan.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gag orderperintah larang suaraUndang-undangTiadaSatu perintah awal yang dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi untuk menjalankan kuasa yang merangkumi larangan terhadap sebarang kata-kata, komen, perbincangan atau kenyataan termasuk rujukan kepada sebarang komunikasi secara bertulis atau tidak bertulis sementara menunggu pelupusan muktamad perbicaraan sesuatu kes.
command and control mechanismmekanisma perintah dan kawalanPentadbiranTiadaKaedah dan cara sistematik yang digunakan dalam pengurusan organisasi dalam mengeluarkan arahan dan membuat pengawasan terhadap sesuatu aktiviti yang dirancangkan. Mekanisma perintah dan kawalan juga merupakan sistem yang direka bentuk untuk kelicinan dan kelangsungan pengurusan organisasi supaya lebih tepat dan berkesan. Mekanisma perintah dan kawalan mestilah bersifat mudah difahami, mempunyai matlamat yang jelas, terancang dan mengandungi isi kandungan yang terperinci.
curfewperintah berkurungUndang-undangTiadaPeraturan atau undang-undang yang membataskan pergerakan orang awam mengikut tempat, masa dan keperluan tertentu biasanya waktu darurat.
preservation orderperintah pemeliharaanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaArahan bertulis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan kepada pemilik atau pengguna tanah atau bangunan supaya melakukan atau tidak melakukan sesuatu ke atas tanah atau bangunan berkenaan.
development orderperintah pembangunanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaArahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan kepada pemilik harta tanah di bawah undang-undang bertulis untuk membuat pembangunan sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan tersebut.
removal orderperintah pindahPenilaian Harta TanahTiadaTiada
eviction orderperintah keluarPenilaian Harta TanahTiadaTiada
development orderperintah pembangunanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
tree preservation orderperintah pemeliharaan pokokPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaArahan bertulis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan kepada pemilik tanah supaya mengekalkan atau menanam semula pokok untuk tujuan keselesaan.
judicial salejualan perintahPenilaian Harta TanahTiadaTiada
123

Kembali ke atas