herbal pilot plant | loji perintis herba | Herba | Tiada | Loji industri herba berskala kecil yang dirancang dan dibina untuk mendapatkan pengalaman, data dan maklumat bagi mengendalikan loji sebenar nanti. Contohnya, loji perintis untuk pengekstrakan herba. Sinonim loji pandu herba. |
pilot ion method | kaedah ion perintis | Kimia | Kimia Analisis | Kaedah penentuan kuantitatif dalam elektrokimia. Dalam kaedah ini ion yang berlainan daripada analit ditambah sebagai piawai tambahan, misalnya Pb2+ dapat berfungsi sebagai ion perintis dalam penentuan Zn2+. Kaedah ini menyerupai kaedah penambahan piawai dari segi tekniknya, dan dari segi kaedahnya pula, kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah piawai dalaman. |
pilot project | projek perintis | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Projek awal berskala kecil yang dijalankan secara percubaan untuk mendapat maklum balas terutamanya tentang idea atau pendekatan baharu supaya aktiviti itu boleh dilaksanakan pada skala yang lebih besar. |
herbal pilot plant | loji pandu herba | Herba | Tiada | Lihat loji perintis herba. |
pilot scale batch | kelompok skala rintis | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kelompok produk yang dihasilkan pada peringkat penyelidikan dan pembangunan. Produk ini boleh digunakan untuk kajian kestabilan dan ujian klinikal. Kelompok skala perintis penting dalam menyediakan data-data bagi proses pengilangan. |
negritude | negritude | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan yang menyuarakan wawasan para cendiakawan dan seniman kulit hitam tentang nasib dan warisan sepunya bangsa Afrika. Negritude menolak nilai kolonial dan memberontak terhadap sistem kolonialisme. Pada masa yang sama, negritude cuba memperkasakan nilai tradisional Afrika dengan mengembalikan kegemilangan masa silamnya. Dalam bidang kesusasteraan, negritude mewakili suatu bentuk estetika yang cuba mengekalkan sifat-sifat tradisi kebudayaan Afrika. Istilah ini diperkenalkan pada tahun 1930-an oleh Aim� C�saire, seorang penyajak dan dramatis dari artinique dan L�opold S�dar Senghor, seorang penyajak dan ahli politik dari Senegal. Negritude menjadi perintis kepada gerakan Black Power yang berpangkalan di Amerika pada tahun 1960-an. Lihat juga harlem renaissance. |