Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.sai] | ڤريساي

Definisi : 1. alat utk menangkis senjata (tikaman, pukulan, dll), taming: lembingnya ditimang-timangnya dgn ~ bergenta dikirap-kirapnya; 2. Id besi (keluli) tipis yg digunakan sbg pe­lindung (pd meriam dll); kereta ~ kereta ten­tera yg berdinding atau berlapis besi (utk me­lindungi drpd tembakan); 3. ki orang (benda dll) yg dijadikan pelindung diri (drpd bahaya, tuduhan, dll): abang akulah yg menjadi ~ku tiap-tiap kali aku bertengkar dgn kakakku; 4. barang drpd perak dll yg berupa perisai (taming) yg dijadikan hadiah kpd pemenang dlm pertandingan sukan dll: selesai pertandingan itu Abdul Hadi dijulang ke tepi padang membawa sebuah ~; ~ pusingan perisai yg dipertandingkan berulang-ulang (tidak terus menjadi hak pemenang pertama); berperisai memakai (mempunyai) perisai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.sai] | ڤريساي

Definisi : 1 alat drpd besi dll yg digunakan utk melindungi diri dan menangkis senjata. 2 barang yg berupa seakan-akan perisai 1 yg dijadikan hadiah rebutan dlm sesuatu pertandingan. 3 ki orang (alat dll) yg dijadikan pelindung drpd sesuatu. 4 dataran tinggi yg luas dan kukuh yg terbina drpd batu-batan keras dan bentuknya seakan-akan perisai 1 (terdapat di benua tertentu): ~ Kanada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perisai (kata nama)
1. Bersinonim dengan taming: rangin, jebang, selukung, telabang,

2. Bersinonim dengan pelindung: pemelihara, pembela, penaung, payung, penahan, pendinding, deking.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
shieldingpemerisaian; perlindunganKejuruteraanTiadaPemerisaian: Penyusunan perisai-perisai untuk melindungi kawasan tertentu daripada sinaran mengion.
biological shieldperisai biologiFizikAtom dan NuklearPerisai penyerap sinaran yang digunakan untuk melindungi pekerja daripada kesan zarah atau sinaran nuklear di persekitaran reaktor nuklear atau kawasan sinaran nuklear. Perisai ini biasanya menggunakan kolam air, konkrit yang tebal yang diperbuat daripada plumbum atau keluli.
shieldingperisaiTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikAlat yang digunakan untuk mengurangkan keamatan sinaran. Bahan yang sering digunakan untuk dijadikan perisai sinaran ialah plumbum, tungsten, besi, atau uranium tersusut. Ketebalan perisai yang diperlukan ditentukan oleh formula lapisan setengah nilai atau lapisan per sepuluh nilai. Lihat juga lapisan separuh nilai, lapisan per sepuluh nilai.
partial shieldperisai separaKejuruteraanTiadaPerisai yang tidak melindungi sepenuhnya punca sinaran.
laminated shieldperisai berlaminaKejuruteraanTiadaPerisai yang mengandungi beberapa lapisan bahan yang homogen.
shadow shieldperisai bayangKejuruteraanTiadaPerisai yang tidak melindungi sepenuhnya punca sinaran.
thermal shieldperisai termaKejuruteraanTiadaPerisai bagi mengurangkan penjanaan haba akibat sinaran mengion yang keluar atau akibat pemindahan haba dari luar.
rotating shieldperisai berputarKejuruteraanTiadaPerisai reaktor nuklear yang berputar sekeliling teras dan digunakan semasa operasi pengisian semula bahan api.
radiation shieldperisai sinaranKejuruteraanTiadaPerisai yang boleh menyerap sinaran secara berkesan.
concrete shieldperisai konkritKejuruteraanTiadaPerisai perlindungan diperbuat daripada konkrit.
12345678910...

Kembali ke atas