malicious software (malware) | perisian hasad | Teknologi Maklumat | Perisian | Perisian yang direka bentuk untuk memusnahkan sistem komputer tanpa pengetahuan pemilik komputer. Contoh perisian ini ialah virus komputer, cecacing, kuda Trojan, perisian pintu belakang, perisian intip, perisian jenayah dan sesetengah perisian iklan. Perisian hasad berbeza daripada perisian cacat. Perisian hasad dicipta untuk tujuan jahat manakala perisian cacat merupakan perisian yang sah tetapi mengandungi pepijat. |
middleware | perisian tengah | Teknologi Maklumat | Perisian | Perisian yang menghubungkan satu komponen perisian dengan lebih daripada dua komponen perisian yang lain. Hal ini bermakna, perisian tengah mewujudkan antara muka bagi perisian aplikasi dan perisian sistem. Perisian ini mengandungi set perkhidmatan yang membenarkan gandaan proses dilaksanakan pada satu atau lebih daripada satu komputer dalam satu rangkaian. Teknologi ini terus berkembang bagi menyediakan saling kendalian sejajar dengan konsep seni bina teragih yang menyokong dan mempermudahkan aplikasi teragih yang kompleks. Alat yang terlibat dalam perisian tengah ialah pelayan web, pelayan aplikasi dan alat yang menyokong pembangunan dan penghantaran aplikasi. Perisian ini membolehkan sistem yang berasaskan XML, SOAP, perkhidmatan web dan seni bina berorientasikan perkhidmatan digabungkan. |
software piracy | cetak rompak perisian | Teknologi Maklumat | Perisian | Aktiviti menyalin perisian secara tidak sah atau mengagihkan perisian tanpa kebenaran pencipta asal perisian tersebut. Cetak rompak perisian merupakan pencabulan hak cipta perisian. Contoh perbuatan cetak rompak perisian ialah pemasangan perisian yang menyalahgunakan lesen yang sah seperti memasang perisian lebih daripada bilangan lesen yang ditetapkan. |
system software | perisian sistem | Teknologi Maklumat | Perisian | Perisian komputer yang mengurus dan mengawal perkakasan komputer supaya perisian aplikasi dapat dilaksanakan. Perisian ini pada asasnya membuatkan komputer berfungsi. Antara perisian sistem yang biasa digunakan ialah sistem pengendali, pemacu peranti, perisian utiliti dan perisian komunikasi. |
browser hijacker | perampas pelayar | Teknologi Maklumat | Perisian | Perisian yang berbentuk perisian hasad atau perisian intip yang membenarkan penggodam mengintip aktiviti pelayaran komputer yang dijangkiti perisian tersebut. Contoh akibat daripada pengintipan tersebut ialah iklan timbul terpapar, laman utama web diset semula dan mengalihkan pelayar kepada laman web yang tidak dijangka. Lihat juga perisian intip, perisian hasad. |
software | perisian | Teknologi Maklumat | Perisian | Set atur cara komputer dan dokumentasi yang menjalankan sesuatu tugas pada sistem komputer. Terdapat dua jenis perisian, iaitu perisian sistem dan perisian aplikasi. Perisian sistem merangkumi sistem pengendali dan sistem utiliti. Perisian aplikasi merangkumi pelbagai aplikasi yang digunakan oleh pengguna seperti pelayar web, pemprosesan kata, pangkalan data dan hamparan. Contoh perisian aplikasi ialah Microsoft Office dan Firefox, contoh sistem pengendali ialah Linux dan Windows, manakala contoh sistem utiliti ialah Disk Cleanup dan Disk Defragmenter. |
crimeware | perisian jenayah | Teknologi Maklumat | Perisian | Perisian hasad yang direka bentuk untuk melakukan jenayah siber. Perisian ini berbeza daripada perisian intip dan perisian iklan dengan melakukan kecurian identiti seperti kata laluan atau nombor pin bagi tujuan mencapai akaun pengguna secara dalam talian. Contohnya, memindahkan dana kewangan dari satu akaun ke akaun lain dalam talian secara tidak sah. Contoh perisian jenayah ialah Keylogger. |
software installation | pemasangan perisian | Teknologi Maklumat | Perisian | Aktiviti memasang perisian dan pemacu perisian ke dalam sistem komputer. Satu pakej perisian biasanya mengandungi atur cara, pemacu dan dokumentasi pemasangan. Dokumentasi pemasangan membolehkan maklumat asas cara perisian dipasang ke dalam sistem komputer. Dalam proses pemasangan, pengguna biasanya diberi pilihan sama ada untuk memasang kesemua fungsi atau sebahagiannya dalam suatu perisian. Kaedah pemasangan berbeza antara satu perisian dengan perisian yang lain. |
computer software | perisian komputer | Teknologi Maklumat | Tiada | Arahan-arahan yang diberikan kepada komputer untuk menjalankan tugas. Terdapat dua kategori perisian utama iaitu perisian aplikasi dan perisian sistem. Perisian sistem memberi arahan kepada komputer tentang cara untuk beroperasi dan mengendalikan komponen fizikal sistem yang lain seperti peranti I/O, CPU, storan, ingatan dan peranti komunikasi. Lihat perisian aplikasi, perisian. |
computer software | perisian komputer | Teknologi Maklumat | Tiada | Arahan-arahan yang diberikan kepada komputer untuk menjalankan tugas. Terdapat dua kategori perisian utama iaitu perisian aplikasi dan perisian sistem. Perisian sistem memberi arahan kepada komputer tentang cara untuk beroperasi dan mengendalikan komponen fizikal sistem yang lain seperti peranti I/O, CPU, storan, ingatan dan peranti komunikasi. Lihat perisian aplikasi, perisian. |