Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.si.kan]/[pe.ri.si/.kan] | ڤريسيقن

Definisi : perihal (kegiatan dsb) merisik: pengarah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
risik2
Kata Terbitan : merisik, perisikan, perisik,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Komitet Gosudarsvenoy Bezopanosti (KGB)Polis Rahsia SovietSains PolitikHubungan AntarabangsaBadan perisikan dan keselamatan negara Kesatuan Soviet. Badan perisikan ini berada dalam kawalan politik pemimpin Kesatuan Soviet dan mempunyai kuasa dalam operasi pengintipan luar negara serta pengawalan kepada pembangkang pemerintah komunis. Badan perisikan ini juga memainkan peranan yang penting dalam hal risikan semasa Perang Dingin. Sinonim KGB.
human intelligencerisikan manusiaAeroangkasaTiadaMaklumat perisikan yang diperoleh dari ejen perisikan.
HUMINTHUMINTAeroangkasaTiadaSingkatan human intelligence. Maklumat perisikan yang diperoleh daripada ejen perisikan.
MossadPolis Rahsia IsraelSains PolitikHubungan AntarabangsaBadan perisikan Israel yang mempunyai kakitangan antara 1500 hingga 2000 orang. Badan ini bertanggungjawab dalam pengumpulan maklumat, aktiviti rahsia dan melakukan serangan balas terhadap keganasan. Perisikannya adalah tertumpu kepada negara dan organisasi Arab di serata dunia. Selain itu, ejen badan perisikan ini juga aktif di negara komunis dan blok barat. Badan ini bertanggungjawab dalam pemindahan sulit pelarian Yahudi keluar dari Syria, Iran dan Ethiopia. Salah seorang pengintip Mossad yang terkenal, iaitu Eli Cohen berjaya menembusi kerajaan Syria dan telah menghantar maklumat perisikan ke Israel selama dua tahun sebelum beliau digantung sampai mati di Dataran Damsyik. Pada tahun 1960, Mossad menculik penjenayah perang Nazi, Adolph Eichmann dari Argentina. Pada tahun 1988, pasukan pembunuh badan ini menawan rumah kediaman dan membunuh Abu Jihad, timbalan Yasser Arafat yang dianggap sebagai perancang utama dalam operasi PLO menentang Israel. Sinonim Mossad
intelligence serviceperkhidmatan risikanSains PolitikHubungan AntarabangsaPerkhidmatan yang dilaksanakan untuk mengumpul maklumat rahsia. Kegiatan pengumpulan rahsia ini biasanya dilakukan bagi pihak negara tertentu. Contohnya, di Britain terdapat dua organisasi yang menyediakan perkhidmatan risikan, iaitu Perkhidmatan Risikan Rahsia (MI6) yang beroperasi di luar negara dan Perkhidmatan Risikan (MI5) yang beroperasi di dalam negara Britain. Keduadua perkhidmatan ini terlibat dalam aktiviti pengumpulan maklumat bagi tujuan perisikan dan juga menentang serta membalas aktiviti perkhidmatan perisikan yang lain. Di Amerika Syarikat pula, Biro Penyiasatan Federal (FBI) ialah ejen perisikan domestik, manakala Agensi Perisikan Pusat (CIA) ialah ejen perisikan yang mempunyai kegiatan yang melibatkan perisikan luar negara.
market intelligenceperisikan pasaranEkonomiTiadaTiada
medical intelligenceperisikan perubatanVeterinarTiadaTiada
epidemiological intelligenceperisikan epidemiologiVeterinarTiadaTiada
organizational intelligenceperisikan organisasiEkonomiTiadaTiada
Intelligence AgencyAgensi PerisikanSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
123

Kembali ke atas