pitcher plant | periuk kera | Veterinar | Tiada | Tiada |
urceolate | urseolat | Botani | Tiada | Bentuk korola bunga aktonomorfik yang menyerupai teko. Contohnya, korola bunga periuk kera. |
calcifuge | kalsifuj | Biologi | Ekologi | Organisma yang boleh hanya di tanah yang kandungan kalsiumnya rendah, seperti di lantai hutan pergunungan. Misalnya, tumbuhan periuk kera, Nepenthes spp. Bandingkan kalsikol. |
predator | pemangsa | Biologi | Ekologi | Organisma hidup yang memakan organisma lain. Misalnya, harimau, Panthera tigris ialah pemangsa bagi rusa, Cervus unicolor, dan periuk kera, Nephentes gracilis ialah pemangsa bagi nyamuk, Culex pipiens. |
carnivorous plant | tumbuhan karnivor | Biologi | Ekologi | Tumbuhan yang boleh memerangkap dan menghadamkan serangga atau haiwan kecil, misalnya periuk kera, Nepenthes gracilis yang mempunyai daun yang terubahsuai membentuk struktur seakan-akan periuk dengan struktur penutup, yang mengandungi air hujan. Apabila serangga jatuh ke dalam air tersebut, sel dinding periuk mengeluarkan asid, dan seterusnya enzim untuk menguraikan serangga tersebut. Umumnya, tumbuhan ini tumbuh di kawasan yang papa nitrogen, seperti di atas gunung. |