Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ja.la.nan] | ڤرجالنن

Definisi : 1. perihal berjalan (bergerak), gerakan: dia bertanggungjawab atas ~ pejabat; bertanggungjawab mentadbir ~ koperasi; 2. = kejalanan ark perihal ber­pergian (kepergian): ibunya meninggal dlm ~ ke Mekah; 3. pengaliran: kotoran meng­halang ~ minyak itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ja.la.nan] | ڤرجالنن

Definisi : 1 hal atau perbuatan berjalan: Ia ternampak seekor ular ketika dlm ~ ke sekolah tadi. 2 cara berjalan (bergerak): Dia bertanggungjawab atas ~ syarikat itu. 3 aliran (bkn air dsb): ~ air sungai itu selalu tersekat oleh sampah sarap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Peribahasa

Semut terpijak tidak mati,
     alu tertarung patah tiga.

Bermaksud :

Perjalanan seorang perempuan yang baik, tidak terlampau lambat dan tidak pula terlampau cepat, tetapi kuat dan tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Semut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sirahsirahKesusasteraanTiadaPerjalanan, sunah, keadaan atau hal sesuatu. Sirah juga bermaksud perjalanan atau riwayat hidup seseorang. Sirah pertama kali digunakan dalam perbincangan khusus sebuah buku karangan Ibn Hisham. Dalam penulisan awalnya, sirah digunakan untuk menceritakan riwayat hidup atau biografi Nabi Muhammad SAW, dan peristiwa penting yang ada hubung kait dengan Baginda. Namun lahirnya buku berjudul Sirah Muawiyah wa Bani Umayyah karya Awanah bin Abd al-Hakam memperlihatkan bahawa sirah tidak hanya dikhususkan kepada riwayat hidup Nabi Muhammad SAW, bahkan turut melibatkan riwayat hidup tokoh lain. Contoh karya sirah ialah Sirah Nabi Muhammad SAW oleh Mahayudin Haji Yahya. Dalam bahasa Arab, sirah bermaksud �perjalanan�.
vacation tripperjalanan percutianPelanconganTiadaPerjalanan yang dilakukan oleh individu ke sesuatu destinasi percutian dalam tempoh cuti rehat.
multipurpose travelperjalanan pelbagai tujuanPelanconganTiadaPerjalanan yang mempunyai lebih daripada satu tujuan seperti menghadiri persidangan di samping membeli-belah dan melawat tempat menarik.
jet-age travelperjalanan era jetPelanconganTiadaPerjalanan ke destinasi pelancongan yang disingkatkan dengan penggunaan teknologi pengangkutan udara yang moden. Oleh yang demikian, pelancong mempunyai masa yang lebih untuk bersiar-siar di destinasi tersebut.
short haul tripperjalanan jarak dekatPelanconganTiadaPerjalanan pengangkutan ke destinasi berdekatan yang boleh dilakukan dengan kerap.
domestic itineraryjadual perjalanan domestikPelanconganTiadaSusunan acara perjalanan lawatan dalam negara.
frequency schedulejadual kekerapanPelanconganTiadaSusunan perjalanan pengangkutan yang merangkumi kekerapan perjalanan yang disediakan oleh syarikat pengangkutan.
corporate travel managerpengurus perjalanan korporatPelanconganTiadaPegawai yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan urusan perjalanan seseorang pegawai dalam syarikat.
vaccinated travel lane (VTL)laluan perjalanan lengkap vaksinKesihatan AwamTiadaLaluan khas pengembara yang lengkap vaksin untuk masuk ke negara lain melalui perjalanan udara atau darat tanpa perlu menjalani kuarantin.
reciprocal green lane (RGL)laluan hijau timbal balik (RGL)Sains PolitikHubungan AntarabangsaLaluan perjalanan selamat yang membolehkan individu melakukan perjalanan di Singapura untuk tujuan perniagaan dan urusan rasmi bagi tempoh masa yang lebih singkat.
12345678910...

Kembali ke atas