dispute settlement understanding | persefahaman penyelesaian pertikaian | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perjanjian yang menjadi sumber peraturan bagi proses penyelesaian pertikaian yang terhasil daripada pemakaian perjanjian-perjanjian WTO oleh negara anggota. Perjanjian ini menuntut badan adjudikatif WTO (Panel dan Badan Rayuan) agar tidak menambah dan mengurangkan hak serta tanggungjawab yang telah dinyatakan dalam perjanjianWTO. |
antidumping agreement | perjanjian antilambakan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perjanjian dalam sistem Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang mendisiplinkan langkah antilambakan. Perjanjian ini memperuntukkan peraturan substantif dan tatacara yang perlu dipatuhi oleh negara anggota WTO jika mahu mengambil langkah antilambakan terhadap import. Perjanjian antilambakan melaksanakan Perkara VI GATT yang mencela aktiviti lambakan sekiranya lambakan memudaratkan pengeluar tempatan di negara pengimport. Perjanjian antilambakan membenarkan negara pengimport mengenakan duti lambakan terhadap import pada kadar yang sama dengan margin lambakan. Perjanjian antilambakan pada asalnya dikenali sebagai kod antilambakan, dirundingkan buat kali pertama dalam Rundingan Pusingan Kennedy dan dimuktamadkan pada tahun 1967. Pada tahun 1980, kod antilambakan ditukar nama kepada perjanjian antilambakan. Perjanjian antilambakan dilampirkan kepada GATT dan menjadi sebahagian daripada sistem WTO. Lihat juga langkah antilambakan. |
bilateral agreement | perjanjian dua hala; perjanjian dwipihak | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perjanjian yang ditandatangani antara dua pihak. Contohnya perjanjian di antara dua negara di dalam perdagangan antarabangsa. |
agreement on textiles and clothing | perjanjian tekstil dan pakaian | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perjanjian yang menghapuskan secara berperingkat-peringkat kuota import terutamanya oleh negara maju terhadap import tekstil dan pakaian dari negara membangun. Perjanjian ini mengintegrasikan sistem kuota import tekstil dan pakaian dalam Perjanjian Multigentian (MFA) ke dalam Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT). Perjanjian tekstil dan pakaian berakhir secara automatik pada tahun 2005 apabila kuota import diganti dengan tarif dan sekatan bukan tarif berpandukan peraturan GATT. Perjanjian ini dilampirkan kepada Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT) dan menjadi sebahagian daripada sistem Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). |
agreement on technical barriers to trade | perjanjian sekatan teknikal perdagangan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perjanjian yang mengawasi peraturan untuk mengawal kaedah pemprosesan produk barangan. Contohnya, pelabelan, pembungkusan dan pemasaran. Perjanjian ini mengawal selia penggubalan dan pematuhan sesuatu piawaian. Menurut perjanjian ini, sekatan teknikal perdagangan tidak boleh membatasi perdagangan antarabangsa. Walau bagaimanapun, perjanjian ini membenarkan sekatan dibuat untuk melindungi keselamatan dan kesihatan manusia, haiwan dan tumbuhan atau alam sekitar. Perjanjian ini dilampirkan kepada Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT) dan menjadi sebahagian daripada sistem Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). |
regional agreement | perjanjian serantau | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perjanjian yang dibuat oleh negara-negara berdaulat dalam sesuatu rantau bagi kepentingan dan tujuan bersama demi kebaikan rantau tersebut. Contoh perjanjian serantau ialah Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA). |
international agreement | perjanjian antarabangsa | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Langkah atau instrumen yang dilakukan oleh negara atau entiti lain yang mempunyai personaliti perundangan di bawah undang-undang antarabangsa. Perjanjian antarabangsa juga boleh disamakan dengan triti yang merupakan sumber perundangan penting undang-undang antarabangsa. Perjanjian ini digunakan untuk mengikat pihak yang membuat perjanjian supaya setiap perkara yang dinyatakan dalam perjanjian dipatuhi. Perjanjian ini juga berguna bagi memastikan setiap hak dan tanggungjawab yang telah disepakati dilaksanakan seperti dalam perjanjian tersebut. Berdasarkan prinsip pacta sunt servanda, perjanjian antarabangsa bersifat mengikat. |
agreement of sanitary and phytosanitary | perjanjian sanitari dan fitosanitari | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perjanjian yang mengawal langkah sanitari dan fitosanitari negara anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dalam memastikan sesuatu produk dagangan tidak memudaratkan manusia, haiwan dan tumbuhan. Perjanjian ini menegah negara anggota supaya tidak mengenakan langkah yang berbeza dengan produk tempatan dan import. Perjanjian ini juga memerlukan negara anggota membuat penilaian secara objektif dan saintifik agar langkah sanitari dan fitosanitari tidak disalahgunakan untuk tujuan perlindungan. Perjanjian ini dilampirkan kepada Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT) dan menjadi sebahagian daripada sistem WTO. |
hold-harmless agreement | perjanjian pegang-lepas | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perjanjian berkontrak yang memerlukan satu pihak mengambil alih tanggungjawab ke atas liabiliti dalam satu keadaan tertentu. Perjanjian ini biasanya terdapat di dalam kontrak pajakan, perjanjian sampingan dan perolehan hak. |
bilateral treaty | perjanjian dwipihak | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perjanjian dua hala yang mengikat antara pihak di bawah undang-undang antarabangsa. Perjanjian ini dipersetujui oleh dua entiti antarabangsa seperti negara atau organisasi antarabangsa yang mempunyai keupayaan untuk membuat perjanjian. |