Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.kai.tan] | ڤرکاءيتن

Definisi : perihal berkait(an), perhubungan: soal-soal yg dibincangkan mempunyai ~ langsung dgn masalah perkauman; yg menarik hati saya ialah ~ makna perkataan hias dgn gaya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.kai.tan] | ڤرکاءيتن

Definisi : hal atau keadaan berkaitan; perhubungan; pertalian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perkaitan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
input-output analysisanalisis input-outputPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKajian empirikal tentang perkaitan kuantitatif antara aktiviti ekonomi yang saling berkait, dan mengukur perkaitan antara sektor pengeluaran dengan sektor penggunaan dalam sesebuah negara.
epigenome-wide association studies (EWASS)kajian perkaitan sekitar epigenom (EWASS)BioinformatikBioinformatik Molekul-
epidemiologyepidemiologiPerikananAkuakulturKajian tentang perkaitan pelbagai faktor yang mempengaruhi kejadian penyakit ikan dan taburannya untuk mengenal pasti status penyakit dan seterusnya membangunkan program pencegahan dan kawalan penyakit tersebut.
phylogenyfilogeniBioinformatikBioinformatik MolekulPertalian dan perkaitan antara biomolekul dengan biomolekul atau organisma dengan organisma berdasarkan perkembangan evolusi.
epidemiological featuresciri epidemiologiPerubatanTiadaCiri-ciri tentang perkaitan berbagai-bagai faktor yang menentukan kekerapan dan keleluasan penyakit dalam sesuatu komuniti, seperti contoh gejala dan tanda-tanda penyakit.
psychoanalytic criticismkritikan psikoanalitikKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang menganalisis perkaitan antara penulis dengan karyanya. Kritikan tertumpu pada watak yang dicipta, bahasa, dan imej yang digunakan oleh pengarang. Kaedah kritikan sastera ini dipengaruhi oleh pandangan ahli psikologi terkenal, iaitu Sigmund Freud dan Carl Jung. Kaedah ini menganggap karya sastera sebagai suatu ekspresi bawah sedar yang terhasil melalui psiki individu (penulis) atau koleksi bawah sedar manusia. Di samping itu, pengalaman dan respons pembaca juga diambil kira dalam mengaplikasikan kritikan psikoanalitik, dan fokur analis terhadap psiki pembaca tersebut. Sigmund Freud (1856 � 939) mengaplikasikan prinsip dalam bidang psikoanalisis dan menggunakannya untuk menulis esei penganalisisan watak dalam sastera. Menurut beliau, teks sastera seumpama mimpi dan cara yang digunakan untuk menganalisis teks sastera tersebut. Mimpi berfungsi sebagai salah satu cara menunaikan hasrat bawah sedar tertekan seorang individu. Hasrat ini dikekang atau dikawal oleh �sensor� (penapis) dalam minda manusia, dan sensor ini dibentuk oleh norma sosial. Eseinya yang paling terkenal ialah The Interpretation of Dreams (1900), membincangkan watak Oedipus dalam drama Yunani purba oleh Sophocles dan watak Hamlet dalam drama Shakespeare. Teori ego psikologi yang dimajukan oleh Norman Hollang dalam karyanya berjudul The Dyanamics of Literary Response (1968) dan Five Readers Reading (1975) dikaitkan dengan psikologi pembaca. Beliau menggunakannya untuk menilai perhubungan antara pembaca dengan teks. Kajian Jacques Lacan mengenai bahasa dan hubungannya dengan perasaan subsedar (subconscious) seorang pembaca dalam karyanya berjudul Ecrits (1977) dan The Four Fundamental Concepts of Psycho-Analysia (1977), memberikan interpretasi baharu kepada pendapat Freud mengenai teori wacana struktural dan pascastruktural. Teori dan psikologi Carl Jung mengenai koleksi bawah sedar dan tipa induk turut mempengruhi perkembangan kritikan dalam teori psikoanalitik. Kritikan ini turut dikenali sebagai kritikan Freud atau kritikan psikoanalitik tradisional.
victim-offender relationshiphubungan mangsa-pesalahKriminologiKeadilan JenayahHubungan atau perkaitan yang wujud antara mangsa dengan pesalah yang membantu menjelaskan hal keadaan pemangsaan. Hubungan ini penting dalam proses pemprofilan mangsa jenayah. Contohnya, hubungan ini membantu pegawai penyiasat dalam mengenal pasti motif jenayah yang berlaku.
rank size rulehukum tingkat saizPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPerkaitan menegak antara bilangan penduduk bagi sesuatu susunan petempatan.
figural mediatorperantara bentukPendidikanTiadaBentuk atau simbol yang digunakan untuk membina perkaitan antara idea dan boleh membantu dalam memahami serta mengimbas semula.
phylogeneticsfilogenetikBioinformatikBioinformatik MolekulKajian ke atas sejarah evolusi serta hubungan pertalian dan perkaitan antara individu atau kumpulan organisma seperti spesies atau populasi. Hubungan ini diperoleh daripada kaedah pentaabiran filogenetik yang menilai ciri-ciri pewarisan seperti jujukan DNA/RNA/protein atau morfologi. Hasil kajian ini dikenali sebagai filogeni yang ditunjukkan dalam bentuk pepohon filogenetik.
12

Kembali ke atas