Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ka.kas] | ڤرکاکس

Definisi : 1. benda-benda yg digunakan utk membuat sesuatu pekerjaan (memasak, ber­tukang, dll), alat: kerja itu tidak dapat dibuat dgn sempurna kerana kekurangan ~; 2. (Bio) bahagian-bahagian (manusia atau binatang) yg menjalankan tugas-tugas tertentu, organ: pd binatang mamalia ~ perjalanan darah ini selalunya mengandungi jantung, salur nadi, pembuluh, dll; binatang-binatang spt arnab atau tikus biasanya dibedah utk diperiksa ~ di dlm tubuhnya; 3. ki orang yg bekerja utk orang lain (biasanya dgn tujuan­-tujuan buruk), alat, ejen: baik dibunuh sahaja orang yg menjadi ~ musuh kita; ~ dapur alat-alat utk kegunaan di dapur (periuk belanga dll); ~ makan alat-alat yg digunakan ketika makan (pinggan, mangkuk, senduk, sudu, dll); ~ perang alat-alat utk ber­perang (senjata dll); ~ rumah benda-benda yg diperlukan dlm rumah (almari, kerusi, meja, dll), perabot; ~ tukang kayu alat-alat yg digunakan oleh tukang kayu (gergaji, ketam, dll); ~ tulis alat-alat menulis (pensel dll); memperkakaskan menggunakan sbg perkakas, memperalat: mereka berasa tidak berdaya kerana diperkakaskan oleh segolongan manusia durjana yg berkuasa; perkakasan 1. bermacam-macam perkakas, (alat) perkakas: sebuah dua kapal Inggeris sudah sampai ke Melaka membawa ~ perang itu; 2. (Komp) peralatan yg membentuk satu sistem komputer spt monitor, papan kekunci, unit pemprosesan, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ka.kas] | ڤرکاکس

Definisi : 1 segala yg digunakan utk bekerja atau utk mengerjakan sesuatu; alat: Saya tidak dpt membuat kerja itu dgn sempurna kerana kekurangan ~. 2 ki orang yg bekerja dgn orang lain, biasanya utk tujuan buruk; ejen: Baik dibunuh saja orang yg menjadi ~ musuh kita. ~ dapur alat-alat yg diperlukan utk kegunaan di dapur (spt pinggan, pisau, sudu). ~ perang alat-alat utk berperang. ~ rumah alat-alat yg diperlukan di rumah (spt kerusi, meja, almari); perabot. perkakasan 1 bermacam-macam perkakas: Sebuah kapal sudah sampai dgn membawa ~ perang. 2 ist peralatan yg membentuk satu sistem komputer, spt monitor, papan kekunci, dan unit pemprosesan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perkakas (kata nama)
1. Bersinonim dengan perkakasan: alat, alatan, peralatan, kelengkapan, mesin, radas, peranti, jentera,

2. Dalam konteks perkakas rumah
bersinonim dengan almari, rak buku, kerusi, meja, katil,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan ejen, alat, tali barut, boneka, barua, ampawa, mata-mata, pengintai, pengekor, pengintip, hantu, gundal,

Kata Terbitan : memperkakaskan, perkakasan,

Peribahasa

Hilang jasa beliung,
     timbul jasa rimbas.

Bermaksud :

Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kerbau punya susu, sapi punya nama, b. Kerbau sakit, sapi beroleh nama). rimbas = perkakas untuk penarah kayu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rest (in mechanics)pegun; diam (mekanik)KejuruteraanTiada1. Bahagian mesin larik yang menyokong atau menyampaikan gerakan kepada perkakas atau tiang perkakas, atau yang menyokong bahan kerja pada tekanan pemotongan. 2. Berhenti daripada sebarang tindakan atau gerakan.
Golgi apparatusperkakas GolgiVeterinarTiadaStruktur dalam sel yang terdiri daripada satu susunan lamela terikat membran yang terletak dalam sitoplasma sel. Perkakas Golgi mempunyai tiga peranan penting; iaitu mengubah suai molekul kompleks seperti protein dengan menambahkan gula; mengurai molekul peptida untuk menjadikannya aktif dan mengisih molekul sama ada untuk diangkut keluar sel; dimasukkan ke dalam membran sel atau diangkut ke tempat lain dalam sel.
Golgi apparatusperkakas GolgiVeterinarTiadaStruktur dalam sel yang terdiri daripada satu susunan lamela terikat membran yang terletak dalam sitoplasma sel. Perkakas Golgi mempunyai tiga peranan penting, iaitu mengubah suai molekul kompleks seperti protein dengan menambahkan gula, mengurai molekul peptida untuk menjadikannya aktif dan mengisih molekul sama ada untuk diangkut keluar sel, dimasukkan ke dalam membran sel atau diangkut ke tempat lain dalam sel.
surveillance toolsperkakas pengawasanTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaKaedah atau aplikasi yang digunakan untuk memberikan maklumat yang dapat digunakan oleh individu atau masyarakat untuk mendapatkan sumber maklumat yang lebih baik.
Golgi apparatusperkakas GolgiBiologiTiadaTiada
mouldingkumaiKesenianHiasan DalamanJaluran timbul, berjeriji atau berukir pada perkakas kayu atau bahan lain yang digunakan sebagai hiasan atau elemen reka bentuk.
feeder systemsistem penyuapSains KesihatanTiada1. Komponen pada alat untuk pemberian nutrien secara parenteral. 2. Perkakas yang menakung dan menyalur bahan ramuan untuk pembuatan tablet dan pengisian kapsul.
spermiogenesisspermiogenesisPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPeringkat akhir spermatogenesis yang menyaksikan pematangan spermatid untuk menjadi spermatozoa. Spermatid merupakan sel berbentuk bulat dan mengandungi nukleus, perkakas Golgi, sentriol dan mitokondria. Dalam proses spermiogenesis, kesemua komponen ini akhirnya membentuk spermatozoon.

Kembali ke atas