invisible export | eksport tak nampak | Ekonomi | Tiada | Eksport perkhidmatan, seperti perkhidmatan perkapalan, penerbangan, pelancongan, dan insurans. |
export | eksport | Ekonomi | Tiada | Penjualan barang dan perkhidmatan ke luar negeri. Barang yang dieksport termasuk barang pengguna, barang modal, dan bahan mentah. Eksport perkhidmatan pula termasuk perkhidmatan perkapalan yang ditawarkan oleh negara tempatan, pelancongan, dan insurans. |
essential services | perkhidmatan perlu | Pentadbiran | Tiada | Perkhidmatan dalam negara yang penting atau diperlukan untuk menangani keperluan masyarakat dalam negara seperti perkhidmatan air, gas dan elektrik. |
service contract | kontrak perkhidmatan | Pelancongan | Tiada | Perjanjian yang dibuat antara pembekal dengan pengguna untuk menyediakan sebarang perkhidmatan seperti penyewaan bas persiaran dan perkhidmatan dobi. |
product-service mix | campuran produk-perkhidmatan | Pelancongan | Tiada | Konsep yang menggabungkan antara produk pelancongan dengan perkhidmatan yang diberikan. Contohnya, pakej lawatan yang merangkumi tempat lawatan, perkhidmatan pemandu pelancong dan penginapan. |
normative economics | ekonomi normatif | Ekonomi | Tiada | Cabang ekonomi yang menggunakan pertimbangan nilai tentang barang dan perkhidmatan yang sepatutnya dikeluarkan supaya memenuhi keperluan masyarakat, bagaimana kaedah pengeluaran sepatutnya dijalankan dengan lebih cekap, dan kepada siapa barang dan perkhidmatan sepatutnya diagihkan supaya perkhidmatan lebih adil dan saksama. Misalnya, ekonomi kebajikan. |
24/7 e-learning service | perkhidmatan e-pembelajaran 24/7 | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Perkhidmatan e-pembelajaran yang disediakan sepanjang hari selama 24 jam dan 7 hari seminggu oleh sesuatu syarikat pembekal kandungan dan alatan e-pembelajaran. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah sokongan teknikal, perundingan, analisis dan khidmat nasihat. |
visual merchandise | dagangan visual | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Produk atau perkhidmatan yang dijual dengan cara mengoptimumkan persembahan produk dan perkhidmatan tersebut secara visual supaya lebih menonjolkan ciri dan faedahnya. Tujuannya adalah untuk menarik minat dan memotivasikan pelanggan supaya melakukan pembelian produk atau perkhidmatan tersebut. |
visual merchandising | perdagangan visual | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Aktiviti penjualan produk atau perkhidmatan dengan cara mengoptimumkan persembahan produk dan perkhidmatan tersebut secara visual supaya lebih menonjolkan ciri dan faedahnya. Tujuan perdagangan visual adalah untuk menarik minat dan memotivasikan pelanggan supaya melakukan pembelian produk atau perkhidmatan tersebut. |
scheduled service | perkhidmatan berjadual | Pelancongan | Tiada | Perkhidmatan yang diberikan mengikut perancangan yang ditetapkan. |