Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
khidmat (kata nama)
1. Bersinonim dengan hormat: takzim, sopan santun,

2. Bersinonim dengan bakti: jasa, tugas, kerja, sumbangan,

Kata Terbitan : berkhidmat, perkhidmatan, pekhidmat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
basic serviceperkhidmatan asasGeografiTiadaTiada
BRI (basic rate interface)BRI (antara muka kadar asas)Teknologi MaklumatTiadaPerkhidmatan asas telefon digital dan data untuk kawasan perumahan dalam rangkaian digital khidmat sepadu (ISDN). BRI menawarkan dua saluran, iaitu 56Kbps atau 64Kbps untuk suara, grafik dan data termasuk satu saluran 16,000Bps untuk tujuan pengisyaratan. Sinonim BRA (basic rate access)
wireless application protocol (WAP)protokol aplikasi wayarles (WAP)Teknologi MaklumatPerisianProtokol piawaian antarabangsa terbuka bagi lapisan aplikasi komunikasi rangkaian yang digunakan dalam persekitaran komunikasi wayarles. Kegunaan utama protokol ini adalah untuk membolehkan capaian pada web bergerak daripada telefon bimbit atau pembantu digital peribadi (PDA). Walaupun pelayar WAP menyediakan kesemua perkhidmatan asas bagi pelayar web berasaskan komputer, tetapi disebabkan kekangan saiz skrin paparan telefon bimbit yang kecil, perkhidmatan tersebut disediakan dalam bentuk yang lebih mudah. Laman web dalam protokol WAP ditulis dalam bentuk bahasa tandaan wayarles (WML) dan dicapai melalui pelayar WAP. Contoh perkhidmatan WAP ialah e-mel, muat turun muzik dan melayar laman web.
utility SAN arrayutiliti tatasusunan rangkaian kawasan storan (SAN)Teknologi MaklumatPerisianTatasusunan storan yang direka bentuk untuk menjadi asas storan bagi seni bina pengkomputeran utiliti. Seni bina ini menyediakan platform yang membolehkan penyedia perkhidmatan menjadi syarikat Teknologi Maklumat yang menawarkan perkhidmatan utiliti. Contoh perkhidmatan utiliti ialah perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) dan perkakasan sebagai perkhidmatan (HaaS). Perkhidmatan ini termasuk juga model perniagaan jaringan sosial yang diberi melalui Internet dan pengkomputeran awan yang merupakan trend masa kini. Contoh tatasusunan storan utiliti ialah 3PAR InServ Storage Servers, NetApp FAS GX Series dan Pillar Data Systems Axiom.
basic health servicesperkhidmatan kesihatan asasPerubatanTiadaTiada
service yield basisasas hasil perkhidmatanEkonomiTiadaTiada
health for allkesihatan untuk semuaKejururawatanTiadaKeadaan yang memastikan semua individu berpeluang menerima perkhidmatan kesihatan asas dengan tiga objektif utama, iaitu promosi gaya hidup sihat, pencegahan dan rawatan penyakit.
primary advertisingpengiklanan asasKomunikasiKorporatPengiklanan yang digunakan oleh sesuatu kumpulan pengeluar atau pihak yang berkepentingan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan yang sama untuk mempromosikan jenis barangan atau perkhidmatan tersebut tanpa mengambil kira jenama. Pengiklanan ini biasanya dilakukan apabila berlaku kontroversi, penurunan permintaan yang ketara, atau rasa curiga terhadap mutu dan jaminan keselamatan barangan atau perkhidmatan berkenaan. Keadaan ini dilihat oleh pengeluar boleh mengancam pasaran kelompok barangan atau perkhidmatan tersebut dalam jangka masa panjang. Pendekatan pengiklanan boleh bersifat pengiklanan khidmat awam atau pengiklanan komersial. Saluran pengiklanan yang digunakan adalah pelbagai. Pelaksanaan pengiklanan biasanya dilakukan oleh pihak bertanggungjawab, seperti persatu pengeluar barangan atau perkhidmatan yang berkaitan, pihak berkuasa (kementerian, jabatan, unit penguatkuasaan) dan persatu pengguna. Contohnya, apabila pihak berkuasa kacang soya di sebuah negara Barat mendakwa minyak masak kelapa sawi
civil service regulationperaturan perkhidmatan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Undang-undang, kawalan dan kaedah pengurusan secara langsung ke atas kakitangan awam. Peraturan ini menjadi panduan asas yang wajib dipatuhi oleh semua kakitangan awam. Peraturan ini juga diwujudkan bagi memastikan perkhidmatan awam mencapai satu tahap kredibiliti yang tinggi, mempunyai imej yang bersih, bertanggungjawab, professional, adil dan saksama, telus, amanah, jujur, berdisiplin dan berintegriti. Perkhidmatan awam yang cemerlang berupaya mendukung pembangunan negara dan meningkatkan kualiti penghidupan masyarakat. Contoh peraturan perkhidmatan awam ialah Perintah-Perintah Am (Bab A hingga Bab G) dan Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam.

fact sheethelaian faktaKomunikasiKorporatPerincian maklumat tentang sesuatu organisasi, barangan atau perkhidmatan yang digunakan sebagai asas untuk menghasilkan skrip iklan, iklan media cetak, dan skrip pengumuman penerbitan. Perincian maklumat tentang sesuatu yang hendak diumumkan di radio dan televisyen juga disediakan kepada pengacara untuk tujuan hebahan secara langsung. Maklumat yang disediakan biasanya memberikan tumpuan kepada fakta yang meningkatkan citra atau menyokong hujah mengenai keistimewaan sesebuah organisasi. Barangan, dan penjelasan. Fakta yang bersifat saintifik merupakan fakta yang telah diuji kesahihannya melalui kaedah penyelidikan. Fakta hujahan merupakan fakta yang berasaskan logik dan rasional yang dijangka boleh diterima umum. Fakta penjelasan pula merupakan maklumat yang boleh memberikan nilai tambah kepada organisasi, barangan atau perkhidmatan.
123

Kembali ke atas