Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ki.la.ngan] | ڤرکيلڠن

Definisi : 1. kelompok kilang (atau fab­rik): rombongan itu akan melawat pusat-pusat ~ yg mengeluarkan barang-barang di Petaling Jaya; 2. usaha (kegiatan) membuat barang-barang dgn kilang: sangat perlu juga digalakkan perindustrian dan ~; 3. yg berkaitan di kilang atau kelompok kilang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ki.la.ngan] | ڤرکيلڠن

Definisi : 1 kumpulan kilang. 2 hal mengenai kilang: masalah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perkilangan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
raw materialbahan mentahEkonomiTiadaBahan asli untuk proses pengeluaran atau bahan perkilangan separuh proses yang diperlukan untuk proses perkilangan selanjutnya. Bahan mentah boleh dikelaskan kepada tiga kategori, iaitu bahan yang boleh digunakan secara terus, seperti buah kelapa sawit untuk pengeluaran minyak kelapa sawit, bahan mentah yang perlu diubahsuai secara tak langsung seperti kayu balak yang perlu dipotong untuk pengeluaran perabot, dan bahan mentah yang perlu diubah bentuk melalui proses perkilangan yang kompleks seperti bahan petroleum untuk menghasilkan keluaran petrokimia.
environmental conscious manufacturingperkilangan peka alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPembuatan produk yang memberi tumpuan kepada penggunaan bahan mentah dan sumber semula jadi secara efektif dan produktif. Perkilangan peka alam sekitar biasanya dapat meminimumkan kesan negatif terhadap pekerja dan alam sekitar.
design for manufacturing (DFM)reka bentuk perkilangan (DFM)Teknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauReka bentuk proaktif untuk mengoptimumkan semua fungsi yang merangkumi perolehan, pembuatan, pengumpulan, pengujian, penghantaran, perkhidmatan dan pembaikan. Reka bentuk perkilangan bertujuan untuk memastikan pengurangan kos, jaminan kualiti, kebolehpercayaan, pematuhan terhadap peraturan, keselamatan, pasaran, dan kepuasan pelanggan dapat dicapai.
manufacturingpembuatan; perkilanganPentadbiranTiadaTiada
manufacturingpembuatan; perkilanganPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
manufacturing processproses perkilangan; proses pembuatanKomunikasi MassaTiadaTiada
manufacturing industryindustri perkilangan; industri pembuatanGeografiTiadaBahagian perindustrian yang mengubah arangan industri primer kepada keluaran barangan buatan.
manufacturing centrepusat perkilanganGeografiTiadaKawasan atau zon untuk menjalankan sesuatu kegiatan perusahaan.
manufactured goodsbarang perkilangan; barang pembuatanGeografiTiadaBarangan yang dihasilkan melalui sesuatu kegiatan perusahaan.
manufacturing unitunit perkilangan; unit pembuatanPentadbiranTiadaTiada
12345

Kembali ke atas