Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ki.ra.an] | ڤرکيراءن

Definisi : 1. kiraan, perhitungan: angka yg diberikan itu berdasarkan ~ pukul rata; pinjaman itu dikenakan bayaran faedah dgn ~ 4%; 2. pertimbangan, taksiran: perkara-perkara yg penting diserahkan kpd ~ ibu bapa mereka; menurut ~ umum, peperangan itu tidak akan tamat dlm jangka waktu yg singkat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ki.ra.an] | ڤرکيراءن

Definisi : hal berkira-kira; perhitungan: Menurut ~nya, wang itu cukup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kira
1. Bersinonim dengan pendapat
( fikir, rasa, anggapan, sangkaan, dugaan, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan taksiran
( hitungan, anggaran, jangkaan, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan peduli
( hirau, endah, parwah, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : kiranya, sekiranya, kira-kira, berkira, berkira-kira, mengira, mengira-ngira, terkira, kiraan, perkiraan, pengiraan, pengira,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
direct titrationpentitratan langsungKimiaKimia AnalisisKaedah titrimetri bagi menentukan suatu analit secara tindak balas langsung analit itu dengan suatu titratan atau larutan piawai. Isi padu titran yang diperlukan untuk bertindak balas dengan analit sehingga mencapai takat akhir digunakan sebagai asas perkiraan kepekatan analit, berdasarkan wujudnya perkaitan stoikiometri di antara titran dengan analit. bd. pentitratan sesaran.

Kembali ke atas