power sharing | perkongsian kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kuasa yang terbahagi kepada beberapa kelompok dan parti politik yang mendorong kepada perkongsian bersama. Keadaan ini wujud apabila sokongan orang ramai dalam pilihan raya terbahagi kepada beberapa parti politik dan calon persendirian. Parti politik atau individu yang telah dipilih menjadi ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri perlu berkongsi undi dalam dewan perundangan bagi menjamin majoriti dan sekali gus berkongsi jawatan dalam kabinet. Melalui perkongsian ini, mereka berupaya menguasai kerajaan. Contohnya, kerajaan Indonesia pasca-Soeharto terpaksa melakukan perkongsian kuasa kerana sokongan orang ramai dalam pilihan raya terbahagi kepada beberapa parti politik. |
partnership insurance | insurans perkongsian | insurans | Tiada | Insurans hayat atau kesihatan yang dijual kepada rakan perkongsian, biasanya untuk menjamin perniagaan yang berterusan jika berlaku kematian atau hilang upaya. Salah seorang rakan kongsi akan menginsuranskan hayat rakan kongsi yang lain supaya jika berlaku kematian salah seorang rakan kongsi, prosid insurans akan digunakan untuk membeli bahagian perkongsian rakan kongsi tersebut daripada warisnya. |
sharing economy | ekonomi perkongsian | Ekonomi | Tiada | Satu ekosistem sosial berteraskan perkongsian aset yang menggunakan platform digital untuk mewujudkan nilai ekonomi melalui peningkatan penggunaan sumber di antara individu, perniagaan dan kerajaan. |
partnership | perkongsian | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
vertical sharing | perkongsian menegak | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
timesharing vacation ownership | pemilikan percutian perkongsian masa | Pelancongan | Tiada | Penggunaan rumah percutian semasa bercuti secara bergilir-gilir mengikut waktu yang diagih-agihkan. |
pooling | gemblengan | insurans | Tiada | Kaedah reinsurans yang sama dengan perkongsian berkuota. Setiap ahli akan menanggung sebahagian daripada setiap risiko yang diunderait oleh setiap ahli yang lain. Peruntukan dalam perjanjian penggemblengan ini mungkin termasuk had maksimum untuk ditanggung oleh setiap ahli. |
fairtrade | perdagangan saksama | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Perkongsian perdagangan berdasarkan persetujuan, ketelusan dan penghormatan di peringkat antarabangsa. Perdagangan saksama dapat menyumbang kepada pembangunan mampan dengan menawarkan syarat perdagangan yang lebih baik untuk menjamin kepentingan ekonomi, sosial, pengeluar serta pekerja. |
life-cycle initiative | inisiatif kitar hayat | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Perkongsian antara sektor awam dengan swasta serta pelbagai pihak berkepentingan yang membantu penggubal dasar untuk membuat keputusan yang cepat dan cekap. Inisiatif ini boleh menyelesaikan masalah perdagangan yang melibatkan isu-isu alam sekitar, sosial dan ekonomi ke arah pembangunan mampan. |
consociational democracy | demokrasi permuafakatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem demokrasi yang kerjasama atau perkongsian kuasa politiknya terbentuk kesan daripada struktur masyarakat yang berbeza dari sudut etnik, agama, bahasa dan budaya. Dalam masyarakat yang majmuk ini, amalan demokrasi yang liberal sukar untuk dipraktikkan. Bagi mengelakkan sebarang konflik, kerjasama di kalangan elit politik atau disebut juga sebagai elit kartel diwujudkan untuk mewakili kepentingan kelompok masing-masing. Melalui cara ini, persefahaman dapat dicapai berhubung dengan pembahagian kuasa dalam kerajaan, amalan budaya, pengagihan kekayaan ekonomi, peluang pekerjaan dan sebagainya. Idea demokrasi permuafakatan dikemukakan oleh sarjana politik Belanda iailu Arend Lijphart sewaktu Persidangan IImu Politik Antarabangsa di Brussel, Belgium pada tahun 1967. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi ini. |