cemetery | perkuburan | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tapak atau tempat bagi mengebumikan mayat. Tapak perkuburan terdiri daripada perkuburan terpencil, iaitu daripada lubang-lubang cetek sehingga kepada binaan batu kasar yang besar dan timbunan tanah. Tapai ini juga boleh dijumpai di tempat-tempat pembuangan sampah perkampungan besar, iaitu di bawah lantai rumah atau jauh dari tempat kediaman. Terdapat perkuburan yang dikategorikan mengikut jantina dan status sosial seperti perkuburan di Malaysia. Contohnya, di Gua Cha (Kelantan). |
secondary burial jar | perkuburan tajau sekunder | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Penguburan kali kedua yang menggunakan tempayan tanah. Perkuburan tajau sekunder paling awal di Asia Tenggara ialah di Gua Niah (Sarawak) yang berusia sekitar 2000 SM. Tempayan tanah ini digunakan untuk tujuan pembakaran rangka mayat. Pada waktu yang sama terdapat juga lebih daripada seorang individu dikuburkan secara bersama-sama, tetapi ini jarang berlaku. Bekal pengebumian yang kerap ditemui pada perkuburan tajau sekunder ini ialah tembikar tanah dwimuncung, dipercayai digunakan untuk tujuan ritual semasa penguburan. Ketika Zaman Logam dan seterusnya, pembakaran mayat tidak dilakukan lagi, tetapi tempayan tanah diisi dengan tulang manusia sahaja. Bekal pengebumian yang kerap ditemui terdiri daripada beliung batu, objek logam, gangsa, pisau besi dan manik kaca. Perkembangan penguburan ini berakhir sekitar 1000 tahun di Sabah sementara di Sarawak sekitar zaman sejarah kerana pernah ditemui tempayan tembikar batu China yang menggantikan tempayan tanah tempatan. Antara tapak penemuan di Bukit Tengkorak, Pusu L |
burial licence | lesen perkuburan | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
burial ground | tanah perkuburan | Geografi | Tiada | Tiada |
cemetery park | taman perkuburan | Sosiologi | Tiada | Kawasan kubur dalam taman. |
burial ground | daerah perkuburan | Fizik | Atom dan Nuklear | Daerah untuk menanam bahan radioaktif yang tidak dikehendaki di dalam tanah bagi menghalang pemancaran sinaran radioaktif. Bumi bertindak sebagai perisai sinaran tersebut. |
burials and burial ground | perkuburan dan tanah kubur | Undang-undang | Tiada | Perbuatan mengubur, menanam, mengebumikan orang mati, dan kawasan, tempat atau tanah untuk menguburkan orang mati. |
catacomb | kubur bawah tanah | Sejarah | Tiada | Perkuburan bawah tanah yang berlorong dan berserambi seperti yang terdapat dalam zaman Rome kuno. |
effigy mound | bonggol patungan | Sejarah | Tiada | Tanah perkuburan India-Amerika zaman prasejarah yang menyerupai binatang seperti ular tedung atau burung. |
allee couverte | allee couverte (kuburan balai) | Sejarah | Tiada | Kawasan perkuburan berbentuk balai yang tidak mempunyai pintu masuk yang pasti dan dibina pada zaman neolitik. |