Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.la.han] | ڤرلاهن

Definisi : 1. tidak terburu­buru (tergesa-gesa, cepat-cepat), lambat-lam­bat: ia berjalan sangat ~ spt tiada berdaya lakunya; setiap pelukis mestilah belajar melukis dan kemudian perlahan-lahan meningkat naik hingga menjadi pelukis yg terkemuka; 2. tidak kuat (percakapan, suara), lembut: cakaplah perlahan-lahan sedikit supaya tidak didengar orang; 3. tidak dgn tenaga yg banyak, tidak kuat-kuat, sedikit-­sedikit: meriam itu ditarik perlahan-lahan; memperlahankan 1. menjadikan perlahan, memperlambat: apabila menghampiri persimpangan jalan ia ~ kereta yg dipandunya; 2. mengecilkan suara atau bunyi: perlahankan sedikit radio itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.la.han] | ڤرلاهن

Definisi : 1 tidak tergesa-gesa; lambat-lambat: berjalan dgn ~. 2 tidak kuat atau tidak nyaring bunyinya; lembut: Bercakaplah ~ sedikit. 3 tidak dgn tenaga yg banyak; tidak kuat-kuat: Tekan pin itu dgn ~. memperlahankan 1 membuat jadi perlahan; melambatkan: Dia ~ keretanya. 2 merendahkan atau mengecilkan bunyi sesuatu: ~ radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perlahan
Kata Terbitan : perlahan-lahan, memperlahankan,

Puisi
 

Anak burung terbang perlahan,
     Hinggap mari ranting kayu;
Kalau nak beli buah setandan,
     Tentu bercampur masak layu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Seperti gunting makan dihujung.

Bermaksud :

Membalas dendam ataupun berbuat sesuatu dengan diam-diam, dan perlahan-lahan tetapi berhasil.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Cheyne-Stokes breathingpernafasan Cheyne-StokesKejururawatanTiadaPernafasan yang abnormal dengan kadar pernafasan menjadi perlahan dan berhenti beberapa saat sebelum bernafas dengan cepat dan menjadi perlahan semula. Keadaan ini berlaku terutamanya kepada pesakit yang tenat.
bradycardiabradikardiaHerbaFitoterapiDegup jantung yang perlahan dan dicirikan oleh kadar denyutan yang rendah, iaitu bawah 60 denyutan seminit bagi orang dewasa. Denyutan jantung normal bagi orang dewasa adalah antara 60 hingga 100 denyutan seminit.
elephant walklangkah gajahUmumTiadaPergerakan perlahan-lahan pesawat tentera sebelum berlepas dalam formasi rapat yang bertujuan untuk menunjukkan kekuatan ketenteraan.
bradypneabradipneaKejururawatanTiadaKadar pernafasan yang perlahan dan kurang daripada 12 kali seminit bagi orang dewasa dan 40 kali seminit bagi bayi.
planktonplanktonPerikananAkuakulturOrganisma yang bergerak secara perlahan dan mengikut arus air di dalam badan air. Contoh plankton ialah fitoplankton dan zooplankton.
hypoventilationhipoventilasiKejururawatanTiadaKadar pernafasan yang terlalu perlahan mengakibatkan peningkatan paras karbon dioksida dalam darah.
bradycardiabradikardiaKejururawatanTiadaKadar denyutan jantung yang perlahan dan kurang daripada 60 denyutan seminit bagi orang dewasa dan 120 denyutan seminit bagi janin.
bradylaliabradilaliaPerubatanPsikiatriPertuturan yang sangat lambat dan perlahan.
bradylexiabradileksiaPerubatanPsikiatriKeadaan pembacaan yang luar biasa perlahan.
cissinglelehKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPengaliran cara secara perlahan-lahan semasa mula membeku.
12345

Kembali ke atas